Guardian Tambah Rangkaian Produk Canmake Di 80 Buah Stor

Kini, anda boleh mendapatkan produk kecantikan Canmake di lebih 80 stor Guardian di Malaysia.

Kolaborasi antara Guardian Malaysia dan jenama kosmetik mampu milik popular di Jepun bakal dikukukan lagi dengan penambahan rangkaian produk dan bilangan stor yang menawarkan jenama tersebut.

Canmake

Ketua Bahagian Solekan Guardian, Jessica Barnabas

Canmake mula dijual di stor Guardian sejak tahun 2015 dan ia telah dilancarkan 33 tahun lalu di Jepun. Produk ini sangat popular di semua generasi kerana ia menawarkan pelbagai produk yang comel, bergaya dan berkualiti pada harga yang mampu milik.

Menurut Ketua Pemasaran, Guardian Health and Beauty Sdn Bhd, Ms. Wong Vai Chi, keputusan untuk memberikan lebih banyak ruang pada produk kecantikan ini adalah untuk memenuhi keperluan pelanggan yang sentiasa meningkat untuk produk kecantikan yang baru pada nilai yang hebat.

Jika sebelum ini, produk Canmake ini hanya ditawarkan di 12 buah stor Guardian, kini ia boleh didapati di 55 buah stor dan menjelang akhir tahun ini, ia bakal dijual di 80 buah stor Guardian.

Pelanggan juga berpeluang untuk mencuba dan mempelajari mengenai produk Canmake ini di kaunter “make-me up” yang lengkap dengan maklumat pengguna dan paparan tester untuk memberikan pengalaman yang lengkap kepada pelanggan.

Produk daripada Canmake ini direka dalam saiz kompak untuk kemudahan pengguna. Ia boleh dimuatkan di dalam beg kosmetik atau tas tangan anda. Canmake dijual pada harga yang berpatutan di antara RM31.90 hingga RM86.70.