10 Beg Tangan Tidak Membebankan Bajet

Pilihan beg tangan berharga kurang daripada RM100 dan mampu buat anda tampak lebih bergaya

Lengkapi gaya anda dengan beg tangan mampu milik yang berupaya menyerlahkan penampilan anda di hari keraian. Beg tangan pelbagai saiz dan warna boleh dipadankan dengan persalinan yang anda pakai sebagai penyudah gaya. Selain itu, saiz beg tangan boleh dipilih mengikut kemudahan anda untuk meletak barang penting yang anda sering bawa ke mana saja seperti telefon bimbit, dompet dan barang make-up. Pilih beg tangan yang seimbang dengan tubuh badan supaya ia tidak kelihatan terlalu kecil atau terlalu besar. Warna beg tangan juga memainkan peranan penting untuk menaikkan lagi seri persalinan anda. Jelita senaraikan 10 beg tangan dari jenama terkenal yang anda wajib miliki!

Lihat juga: GAYA TERBAIK SELEBRITI DI KARPET MERAH GOLDEN GLOBES 2019

1 of 10

Beg Harper daripada Rubi di Cotton On, RM89

1 of 10