EMPAT PETUA UNTUK RAMBUT SELEMBUT SUTERA

Cuba empat petua mudah ini untuk rambut yang lebih licin dan lembut.

Semua wanita pasti mahukan rambut yang lembut bak sutera dan senang diurus. Tidak susah untuk mendapatkan rambut yang lembut secara semulajadi.

 

Anda boleh lakukan sendiri di rumah. Berikut antara cara yang boleh anda cuba sendiri.

Cara 1:

  1. Sediakan seikat kangkung. Bersihkan dan potong, masukkan ke dalam mangkuk.
  2. Tuang secawan air suam dan ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir.
  3. Sapukan lendir kangkung itu pada seluruh rambut dan biarkan hingga kering sebelum rambut dibilas bersih.
  4. Lakukan selalu untuk hasil yang memuaskan.

Cara 2:

  1. Sediakan lima biji limau nipis. Parut bersama dengan kulitnya sekali hingga halus.
  2. Semasa mandi, sapukan limau tersebut pada seluruh rambut. Biarkan seketika sebelum dibilas bersih.
  3. Selain melembutkan rambut, ia juga membantu menghilangkan kegatalan pada kulit kepala dan menjadikan rambut berbau wangi.

Cara 3:

  1. Sediakan dua sudu susu tepung dan sebiji limau nipis. Bancuh susu dengan segelas air suam.
  2. Kemudian, perahkan limau nipis. Simpan di dalam peti sejuk selama enam jam sebelum digunakan agar ia bertambah pekat.
  3. Setelah itu, sapukan ia pada rambut anda. Biarkan selama 1 jam sebelum dibilas bersih.

Cara 4:

  1. Sediakan minyak bijan dan minyak zaitun. Sebelum tidur, sapukan minyak bijan pada rambut anda.
  2. Keesokan harinya, basuh rambut seperti biasa.
  3. Lap kering dan kemudian sapukan sedikit minyak zaitun. Jika tiada, anda boleh gantikan dengan minyak bayi.
  4. Biarkan kering dengan sendirinya.