Trend Cantik Terbaik Selebriti Di Anugerah Grammy’s

Ini ilham cantik selebriti yang boleh anda cuba

Dari pemuzik, artis, bintang ternama Hollywood sehinggalah bekas Wanita Pertama telah berjalan di acara karpet merah Anugerah Grammy 2019 yang telah diadakan di Auditorium Shrine Downtown, Los Angeles. Ternyata acara karpet merah itu telah menjadi topik hangat di media sosial sehingga kini masih ramai yang tidak dapat melupakan gaya yang ditampilkan oleh selebriti daripada busana sehinggalah ke solekan mereka yang sentiasa mengikut trend terkini.

Ini adalah beberapa trend cantik terbaik yang digayakan oleh selebriti di Anugerah Grammy 2019.

5 of 5

Wajah Tanpa Solekan Alicia Keys

Penyanyi No One dan juri rancangan The Voice tampil di acara karpet merah Grammy tanpa sebarang solekan pada wajahnya. Bagaimanapun, Alicia Keys berjaya memukau orang ramai dengan wajah yang tampak berseri dan segar. Untuk memberikan lebih perhatian pada wajahnya, dia telah mengikatkan rambutnya ke belakang.

5 of 5