Trend Cantik Terbaik Selebriti Di Anugerah Grammy’s

Ini ilham cantik selebriti yang boleh anda cuba

Dari pemuzik, artis, bintang ternama Hollywood sehinggalah bekas Wanita Pertama telah berjalan di acara karpet merah Anugerah Grammy 2019 yang telah diadakan di Auditorium Shrine Downtown, Los Angeles. Ternyata acara karpet merah itu telah menjadi topik hangat di media sosial sehingga kini masih ramai yang tidak dapat melupakan gaya yang ditampilkan oleh selebriti daripada busana sehinggalah ke solekan mereka yang sentiasa mengikut trend terkini.

Ini adalah beberapa trend cantik terbaik yang digayakan oleh selebriti di Anugerah Grammy 2019.

2 of 5

Warna Kuku Metalik Dua Lipa

Penyanyi, Dua Lipa tampil dengan hiasan kuku yang cantik. Menggunakan warna metalik, hiasan kuku penyanyi lagu New Rules ini adalah gabungan daripada dua pengilat kuku iaitu Defy dan Style. Menurut Kimmie Kyees, penghias kuku selebriti, untuk menambahkan seri kuku Dua Lipa, dia turut menggunakan glitter dan menambahkan stud emas dan perak pada setiap kuku penyanyi itu.

2 of 5