Trend Cantik Terbaik Selebriti Di Anugerah Grammy’s

Ini ilham cantik selebriti yang boleh anda cuba

Dari pemuzik, artis, bintang ternama Hollywood sehinggalah bekas Wanita Pertama telah berjalan di acara karpet merah Anugerah Grammy 2019 yang telah diadakan di Auditorium Shrine Downtown, Los Angeles. Ternyata acara karpet merah itu telah menjadi topik hangat di media sosial sehingga kini masih ramai yang tidak dapat melupakan gaya yang ditampilkan oleh selebriti daripada busana sehinggalah ke solekan mereka yang sentiasa mengikut trend terkini.

Ini adalah beberapa trend cantik terbaik yang digayakan oleh selebriti di Anugerah Grammy 2019.

1 of 5

Solekan Monokrom Kacey Musgraves

Jika sebelum ini kebanyakan solekan mengutamakan penggunaan pelbagai warna dalam solekan, namun pada acara itu, ada di antara selebriti yang mengenakan solekan monokrom. Menurut Beauty Banter, solekan monokrom adalah pemilihan satu rona warna untuk solekan keseluruhan. Antara selebriti yang mengenakan solekan monokrom adalah Kacey Musgraves. Kacey kelihatan cantik dengan solekan monokrom rona merah jambu yang sepadan dengan busana yang digayakannya.

1 of 5