Tip Memilih Pembersih Wajah Mengikut Jenis Kulit Anda

Jelita kongsikan tip untuk memilih pembersih wajah mengikut jenis kulit anda.

Mencari pembersih wajah yang sesuai bukanlah satu perkara yang sukar dilakukan kerana kini anda boleh mendapatkan pelbagai jenis pembersih wajah di pasaran. Ada yang murah, mahal berbau harum, tanpa pewarna dan banyak lagi namun pastikan anda memilih pembersih wajah yang sesuai dengan jenis kulit anda. Jelita kongsikan tip untuk memilih pembersih wajah mengikut jenis kulit anda.
 

Gambar: Shutterstock


 
Kulit Normal

Sesuai menggunakan semua jenis pembersih wajah. Namun seeloknya, gunakan pembersih wajah yang berasaskan susu kerana ia bersifat lembut.
 
Kulit Kering

Elakkan produk yang mengandungi alkohol dan minyak. Ini akan membuatkan kulit menjadi lebih kering.
 
Kulit Berminyak

Gunakan pembersih wajah dengan kandungan PH yang rendah bagi membuang sebum dan minyak yang berlebihan.
 
Kulit Sensitif

Elakkan pembersih wajah yang mengandungi pewangi. minyak atau bahan kimia yang boleh merengsakan kulit.
 
Kulit Kombinasi

Pilih pembersih wajah yang lembut dan berasaskan ekstrak semula jadi.