Tip Lebatkan Rambut Yang Nipis

Rambut kelihatan lebih lebat dan cantik dengan bahan organik.

Masalah rambut gugur dan nipis bukan sahaja dialami oleh wanita tetapi ia juga mengganggu lelaki. Ada banyak faktor yang boleh menyebabkan masalah rambut gugur, antaranya seperti;

  • Faktor pemakanan yang tidak teratur
  • Cara penjagaan rambut yang salah
  • Penggunaan produk rambut yang mengandungi banyak bahan kimia
  • Cuaca yang tidak menentu
  • Stres dan banyak lagi.

Mungkin anda pernah mencuba pelbagai rawatan ataupun produk yang menelan belanja yang agak banyak untuk melebatkan atau menyelesaikan masalah rambut tetapi mungkin sahaja ia tidak begitu berkesan.

Anda boleh cuba kaedah yang mudah dan menjimatkan ini untuk melebatkan rambut. Jangan risau, cara ini sihat dan selamat untuk kulit kepala kerana tiada sebarang bahan kimia, 100 peratus menggunakan bahan organik.

1 of 6

 

 

Daun Lidah Buaya

Ambil dua atau tiga helai daun lidah buaya dan potongkan kepada dua bahagian. Perah gel yang terdapat dalam daun tersebut dan sapu rata pada kulit kepala dan rambut. Biarkan gel tersebut pada rambut selama setengah jam. Kemudian, bilas dengan air sederhana suam. Amalkan kaedah ini sekali atau dua kali dalam masa seminggu untuk mendapatkan rambut sihat dan lebat. Ambil satu sudu jus daun lidah buaya setiap hari ketika perut kosong dikatakan dapat membantu melebatkan rambut.

1 of 6