Rawat Wajah Dan Mata Menggunakan Bahan Alami

Penggunaan bahan semula jadi ini dapat membantu untuk menyelesaikan masalah kulit wajah dan menyegarkan semula mata anda

Wajah yang mulus, bersih dan bebas cela menjadi dambaan wanita. Selain daripada menggunakan produk kecantikan yang boleh didapati di mana-mana sahaja, tidak salah jika sesekali anda menggunakan bahan semula jadi untuk perawatan wajah dan mata. Jelita kongsikan beberapa tip mudah untuk penjagaan mata dan wajah secara semula jadi.

1 of 5

Bintik Hitam

Bintik hitam akan menganggu penampilan pada wajah terutamanya pada kawasan hidung dan pipi. Ia mudah  dialami jika anda mempunyai kulit wajah berminyak dan kombinasi.

  • Bersihkan wajah dengan air suam.
  • Rendamkan sehelai tisu ke dalam putih telur yang telah diasingkan.
  • Tekapkan helaian tisu tadi pada wajah dan biarkan ia kering sebelum dibilas bersih.
1 of 5

Bintik Hitam