Rawat Bibir Kering Dengan Bahan Alami

Cuba amalkan petua ini untuk bibir sihat dan menarik.

Pernahkah anda mengalami situasi yang mana olesan gincu tampak tidak cantik dan halus kerana bibir yang kering dan menggelupas? Jika ya, ini tandanya anda perlu berikan perhatian yang lebih untuk merawat bibir agar kelihatan lebih segar dan cantik.

 

Berikut ialah petua tradisional yang anda boleh amalkan dengan hanya menggunakan bahan- bahan mudah dan boleh didadapati dari dapur anda sahaja.

BIBIR BERSINAR

Caranya:

  1. Sediakan satu sudu gliserin dan 1/2 sudu minyak badam.
  2. Campurkan keduanya dan gaul sebati.
  3. Sapukan ia pada bibir setiap hari.
  4. Hasilnya, bibir akan kelihatan bersinar dan licin semulajadi.

 

PELEMBAP BIBIR KRANBERI

Khasiat yang terkandung dalam buah kranberi membantu melembutkan bibir anda dan mengekalkan warna merah semulajadinya. Untuk mendapatkan bibir yang sihat dan menawan, anda boleh gunakan pelembap bibir yang diperbuat daripada buah kranberi.

Bahan-bahan:  10 biji buah kranberI, 1 sudu kecil minyak badam, dan 2 titis minyak Vitamin E.

Cara – caranya:

  1. Campurkan kesemua bahan di atas.
  2. Panaskan di dalam ketuhar selama 2 minit.
  3. Keluarkan dan lenyekkan buah kranberi hingga hancur. Biarkan sejuk seketika. Buang lebihan kulit kranberi tersebut. Kacau lagi dan biarkan hingga benar- benar sejuk.
  4. Masukkan ke dalam bekas kedap. Sapukan pada bibir setiap hari.

 

PENGELUPASAN BIBIR

Proses eksfoliasi untuk menanggalkan sel kulit mati dan membuang kotoran bukan saja dilakukan pada tubuh badan tetapi juga pada bibir anda. Kulit bibir juga harus dijaga agar sihat dan cantik. Sel kulit mati juga terdapat pada bibir apatah lagi jika bibir anda kering dan menggelupas. Apa kata anda cuba cara ini.

Cara -caranya:

  1. Sediakan sedikit lip balm atau pelembap bibir dan campurkan dengan gula pasir sehingga menjadi skrub.
  2. Sapukan pada bibir sambil menggosok lembut dengan gerakan memutar selama beberapa minit sebelum dibilas bersih.
  3. Gula berfungsi untuk menanggalkan sel kulit mati manakala lip balm membantu melembapkan kulit.