Rahsia Air Kelapa Untuk Kecantikan Dan Kesihatan

Amalkan minum air kelapa untuk kekal cantik dan sihat.

Air kelapa bukan sahaja enak diminum tetapi juga banyak khasiatnya untuk kecantikan dan kesiihatan. Berikut antara khasiat air kelapa yang anda boleh cuba.

Antara khasiat dengan meminum air kelapa ialah:

Menghilangkan Jerawat

Tabiat memicit jerawat tidak elok malah meninggalkan parut yang berkekalan. Apa kata cuba  petua ini. Sediakan satu gelas air kelapa, masukkan sedikit kunyit hidup yang telah diparut dan biarkan semalaman. Setelah itu, tambahkan sedikit serbuk kayu cendana dan simpan selama tiga hari.Kemudian, barulah boleh digunakan dengan cara menyapukan sedikit ramuan tadi pada bahagian yang berjerawat dua kali sehari.

Mencegah Rambut Beruban

Campurkan sebiji air kelapa dengan satu sudu garam. Cuci rambut anda terlebih dahulu, kemudian sapukan air kelapa tersebut pada rambut sambil menggosok perlahan selama beberapa minit sebelum dibilas bersih.

 

Wajah Berseri

Simpan secawan air kelapa selama satu malam. Kemudian, sapukan air kelapa terserbut pada wajah dan biarkan selama sejam sebelum dibilas bersih.

Mengelakkan Kedutan Wajah 

Amalkan membasuh wajah dengan air kelapa setiap hari bagi mengelakkan kedutan atau melambatkan proses penuaan wajah.

Cantikkan Tapak Kaki 

Rendam segenggam beras dalam air kelapa selama 7 jam. Setelah itu, tapis beras tersebut dan tumbuk sehingga halus. Sapukan ia pada tapak kaki terutama pada kulit yang kasar dan menggelupas.