Petua Mudah Cegah Rambut Gugur

Jelita kongsikan petua mudah untuk cegah rambut gugur.

Dalam kehidupan wanita, ada fasa di mana anda mengalami lebih tekanan. Tempoh percintaan, peningkatan kerjaya dan selepas bersalin menuntut komitmen emosi, pemikiran dan fizikal yang lebih. Kesannya anda akan bertambah berat badan, kulit wajah bermasalah dan sesetengah wanita mengalami rambut gugur. Semua masalah ini merisaukan tetapi rambut gugur menyebabkan wanita lebih runsing sebab tiada siapa mewarwarkan yang wanita botak itu seksi! Jelita kongsikan petua mudah untuk cegah rambut gugur.

rambut gugur

Gambar: Shutterstock

  1. Cuba minum ini- Kisar pisang dengan madu, dadih dan susu rendah lemak. Minuman yang kaya biotin membantu mengukuhkan akar rambut.
  2. Ambil suplemen pemakanan seperti Vitamin B6, zink dan habuk palmetto (saw palmetto). Suplemen berguna apabila anda tidak mendapat khasiat dan zat yang secukupnya daripada sumber makanan semula jadi.
  3. Tundukkan kepala ketika mencuci dan mengurut kulit kepala anda. Ini membantu meningkatkan pengedaran darah ke kepala.
  4. Selesaikan masalah yang membawa tekanan ini boleh memudaratkan rambut anda.
  5. Tidur secukupnya.