Lutut Dan Siku Lebih Cerah Dengan Cara Mudah Ini

Jelita kongsikan 10 cara mudah yang boleh anda cuba untuk mencerahkan lutut dan siku anda.

Pengumpulan sel kulit mati, geseran, pendedahan kepada cahaya matahari dan ketidakseimbangan hormom boleh menyebabkan kulit di bahagian lutut dan siku anda menjadi gelap. Bahagian tubuh ini tidak mengandungi sebarang kelenjar minyak, oleh itu amat penting sekali untuk anda melindunginya dari kekeringan melalui penjagaan yang betul. Jelita kongsikan 10 cara mudah yang boleh anda cuba untuk mencerahkan lutut dan siku anda.

1 of 10

Timun

Disebabkan oleh sifat pelunturannya, timun adalah antara cara yang paling berkesan untuk menghilangkan lutut dan siku yang gelap. Ia dapat menghilangkan sel kulit mati dan mengekalkan kelembapan kulit. Vitamin A dan C yang terkandung dalam timun membantu untuk memastikan kulit sentiasa cantik dan segar.

  • Perlahan gosokkan kepingan timun yang dihiris tebal pada siku dan lutut anda selama 15 minit.
  • Biarkan selama lima minit lagi dan bilas dengan air sejuk.
  • Anda juga boleh mencampurkan jus timun dan jus lemon dan sapukan campuran tersebut pada lutut, siku, dan juga di bahagian bawah lengan. Biarkan selama 20 minit dan bilaskannya. Lakukan ini setiap hari.
1 of 10

Timun