Jangan Terkejut, Ini Kebaikan Ginseng Untuk Kecantikan

Rasai kelebihan ginseng pada kulit anda

Ginseng sememangnya terkenal dengan manfaat untuk kesihatan dan ia sering digunakan dalam perubatan Cina bahkan orang di Korea juga menganggap ginseng sebagai salah salah ubatan yang mujarab. Ginseng bukan sahaja memberikan manfaat kepada kesihatan anda tetapi juga baik untuk kulit anda. Oleh itu, ginseng banyak digunakan dalam produk kecantikan seperti Sulwhasoo dan banyak lagi.

Di sini, Jelita lima kebaikan ginseng untuk kulit anda.

Agen Anti Penuaan Terbaik

Kaya degnan  phytonutrient, ginseng dapat membantu dan memastikan kulit anda berfungsi dengan lebih baik. Ia juga mengandungi saponin, agen antioksidan yang dapat membantu melindungi kulit daripada radikal bebas, antara penyebab utama kulit anda tampak lebih tua, letih dan juga tidak bermaya. Ginseng juga mengandungi bahan semula jadi yang menggalakan pengeluaran kolagen di lapisan tengah kulit, dermis. Kolagen ini akan menjaga kulit agar ia kekal anjal sekali gus mengawal kemunculan kedutan dan garis halus pada wajah anda.

Meningkatkan Kompleksi Wajah

Menurut artikel yang diterbitkan oleh joyalbeauty.com, akar dan daun ginseng kaya dengan vitamin, mineral dan antioksidan yang sangat baik untuk kesihatan kulit anda secara keseluruhan. Ia memudahkan penghapusan sel kulit mati untuk menghasilkan kulit baru yang sihat. Pengambilan teh ginseng juga sangat baik untuk menapis dan memulihkan kulit anda. Ia dikatakan dapat mengembalikan sel kulit dengan meningkatkan tahap oksigen. Selain itu, ginseng juga dapat menginkatkan peredaran darah dan ia berfungsi sebagai detoks darah yang hebat. Penggunaan daun ginseng secara terus pada kulit dapat membantu untuk menjaga kulit agar ia sentiasa sihat dan bersinar.

Hilangkan Lingkaran Gelap Bawah Mata

Menurut artikel yang diterbitkan oleh body+soul.com, ginseng mempunyai sifat untuk melawan pigmentasi dan ini menjadikan ginseng sebagai salah satu cara semula jadi yang boleh anda cuba untuk menghilangkan lingkaran gelap bawah mata. Anda boleh menggunakan masker wajah ginseng untuk hilangkan ‘mata panda’ daripada wajah anda.

Merawat Penyakit Kulit

Metabolisme kulit yang tidak lengkap sering menyumbang kepada masalah kulit seperti jerawat, ekzema dan kulit kasar. Menurut artikel yang diterbitkan oleh joyalbeauty.com, ginseng adalah rawatan yang sesuai untuk mengatasi masalah ini kerana ia cepat diserap oleh kulit dan membantu meningkatkan peredaran vaskular subkutaneus. Pengambilan ginseng secara teratus boleh membantu anda mengatasi masalah ini dan menjadikan kulit anda lebih cerah dan bersih.

Mengatasi Masalah Rambut Gugur

Masalah rambut kusut pun boleh diatasi dengan bantuan ginseng. Akar ginseng dikatakan dapat membantu untuk menggalakkan pertumbuhan rambut dengan merangsang aliran darah ke kulit kepada dan meningkatkan kesihatan folikel rambut dan sel, sekali gus mengurangkan masalah rambut gugur.

Sumber: Cosmopolitan.my, Joyalbeauty.com dan Body+soul.com

Gambar: Depositphotos.com