Idea Solekan Pengantin Tahan Lama Seperti Chiara Ferragni

Tampil menyerlah di hari bahagia dengan solekan seperti Chiara Ferragni

Blogger dan influencer , Chiara Ferragni terkenal dengan blognya, The Blonde Salad. Dia juga telah menduduki tempat pertama dalam senarai pengaruh fesyen paling berkuasa Forbes dan mempunyai lebih daripada 14 juta pengikut di Instagram. Ferragni telah menjadi muse untuk banyak jenama kecantikan antaranya adalah Lancóme. Pada Sabtu yang lalu, Ferragni telah berkahwin dengan suaminya, seorang penerbit dan rapper dari Itali, Federico Lucia atau lebih dikenali sebagai Fedez.

Ferragni tampil seperti bidadari dengan dua busana pengantin Dior direka khas oleh  Maria Grazia Chituri. Solekan yang diberikan sentuhan khas oleh jurusolek profesional, Manuele Mameli turut mendapat pujian dan ia telah menjadi inspirasi buat bakal pengantin yang lain. Berikut adalah idea solekan pengantin tahan lama seperti Chiara Ferragni yang boleh anda cuba.

 Langkah Pertama:

Produk yang digunakan: Advanced Genifique

Mulakan dengan menyapukan Advanced Genifique atau tambahkan Advanced Genifique kepada bedak asas untuk memudahkan solekan untuk kulit yang berseri dan lembut.

Langkah Dua:

Produk yang digunakan: Teint Idole Ultra Wear 025- RM175.40

Bedak asas ini kekal selama 24 jam dan memberikan kemasan matte baldu. Boleh didapati dalam 25 warna yang boleh disesuaikan dengan warna kulit yang pelbagai.

Langkah Tiga:

Produk yang digunakan: Blush Subtil 03- RM160.38

Serbuk sutera halus ini sesuai untuk memberikan warna dan kontur pada wajah dan memberikan solekan yang sempurna. Warna akan kekal selama berjam dan kulit tidak akan kelihatan kering atau kusam. Ia kaya dengan bahan yang membantu mengimbangkan kelembapan dan menjadikan kulit rasa selesa. Ia bebas minyak dan turut menyerap minyak.

Langkah Empat:

Produk yang digunakan: Monsieur BIG waterproof mascara ( boleh didapati di Sephora)

Dilengkapi dengan berus besar dan formula berkrim, anti-peluh dan anti-comot. Dengan hanya satu sapuan, solekan mata anda akan sentiasa tampak sempurna dan tahan selama 24 jam.

Langkah Lima:

Produk yang digunakan: Drama Matte 510- RM111.32

Solekan tidak akan lengkap tanpa calitan gincu. Untuk lebih kesan dramatik, anda boleh cuba gincu Drama Matte ini yang akan memberikan kemasan matte dan yang paling penting ia menjamin keselesaan ketika memakainya.