Cantikkan Rambut Dengan Avokado

Cuba gunakan avokado untuk serikan semula rambut anda.

Sejak zaman dahulu, avokado terkenal dengan manfaatnya untuk tubuh juga bagi mengekalkan kecantikan rambut. Buah ini kaya kandungan vitamin A, C dan E yang bukan sahaja membantu mengekalkan kelembapan rambut tetapi juga menyihatkan kulit kepala.

Gambar: Shutterstock

Menurut Journal of Trichology, minyak avokado mengandungi lemak monosaturasi dan ini menjadikannya pilihan terbaik sebagai bahan utama untuk rawatan rambut.

Menurut Medical News Today pula, minyak avokado yang digunakan pada kulit kepala boleh mengurangkan kemunculan kelemumur dan turut membantu melembapkan kulit kepala. Jadi, anda boleh cuba gunakan avokado untuk mendapatkan rambut yang cantik berseri.

Bahan yang diperlukan:

  • 1 biji buah avokado
  • 1 sudu besar minyak zaitun
  • 1 biji pisang
  • 1 biji kuning telur

Cara Menggunakannya:

  1. Lenyekkan buah avokado hingga hancur. Begitu juga dengan pisang.
  2. Campurkan minyak zaitun dan kuning telur ke dalam adunan avokado dan pisang tadi. Gaul sebati.
  3. Sapukan pada keseluruhan rambut hingga ke kulit kepala. Urut perlahan-lahan kepala agar pati adunan tersebut meresap ke dalam rambut.
  4. Tutup kepala dengan plastik. Biarkan selama sejam.
  5. Bilas dan basuh rambut hingga bersih.

Sumber: Medical News Today, Journal of Trichology dan buku Cantik & Sihat Do It Yourself terbitan Tinta Balqis Publishing.

Jom baca: Cara dapatkan rambut lembut dan licin.