Awas, 7 Tabiat Ini Boleh Buat Kulit Anda Cepat Berkedut

Jelita senaraikan tujuh tabiat yang boleh buatkan kulit anda cepat berkedut.

Setiap wanita pasti inginkan kulit yang sentiasa tampak cantik dan lembut. Ada yang sanggup berhabisan wang untuk membeli produk penjagaan kulit yang mahal namun sering tidak memberikan kesan akibat daripada gaya hidup tidak sihat yang sering anda lakukan. Untuk mendapatkan kulit yang anjal dan awet muda, sudah tiba masanya untuk anda mengubah gaya hidup anda. Jelita senaraikan tujuh tabiat yang boleh buatkan kulit anda cepat berkedut.

kulit anda cepat berkedut

Gambar: Shutterstock

Basuh Muka Dengan Kerap

Tidak salah untuk memastikan kulit wajah bersih terutama jika anda mempunyai kulit berminyak atau kombinasi yang mudah terdedah kepada jerawat. Namun, menurut pakar kosmetik antarabangsa, anda tidak digalakkan untuk menggunakan peel-off skrub lebih daripada dua kali seminggu dan anda juga tidak digalakkan untuk membersihkan wajah menggunakan losyen atau air tonik setiap hari. Ini kerana ia akan menganggu persekitaran semula jadi kulit dengan mengurangkan imuniti kulit dan mengeringkannya. Perkara ini akan menyebabkan kedutan pada wajah.

Merokok

Bukan sahaja ia menjejaskan kesihatan bahkan ia juga sangat tidak elok untuk kulit anda. Bahan yang terdapat di dalam rokok iaitu nikotin dan tar akan membuatkan kulit anda kering. Jika anda inginkan wajah yang awet muda, berhenti merokok sekarang.

Solekan Berlebihan

Memakai lapisan kosmetik yang tebal pada wajah anda sepanjang hari akan menghalang kulit daripada bernafas. Pakar kosmetik mengesyorkan untuk anda memohon krim, bedak asas dan bedak ringan untuk solekan di siang hari dan biarkan barang kosmetik yang lain untuk solekan pada waktu petang. Juga, ia amat penting sekali untuk membersihkan solekan daripada wajah anda sebelum tidur.

Masa Yang Dihabiskan Melihat Skrin

Anda menghabiskan banyak masa di hadapan telefon pintar atau skirn komputer riba tanpa menyedari ia boleh merosakkan kulit anda. Untuk mengatasinya, anda perlu rajin melakukan senaman muka dengan kerap dan mengurut muka dan leher anda. Tidak lupa juga untuk memastikan anda mengekalkan postur yang betul di antara leher dan garisan dagu apabila bekerja di meja.

Diet Tanpa Lemak

Ramai yang mengamalkan diet tanpa pengambilan lemak namun lemak adalah penting untuk kecantikan kulit. Tanpannya, kulit akan menjadi kering dan kusam. Ikan, kacang dan minyak zaitun mengandungi asid lemak yang dapat membantu memulihkan kulit dan kesihatan anda. Ia dapat membantu menghalang kulit daripada pengeringan.

Mandi Menggunakan Air Panas

Mandi menggunakan air panas dalam tempoh yang lama adalah salah satu cara yang baik untuk menyegarkan badan selepas seharian kepenatan bekerja. Akan tetapi, cara ini boleh menyebabkan masalah kulit termasuk kedutan. Air panas akan menyebabkan kulit kehilangan lemak semula jadi dan mengurangkan sifat pelindungan yang menjadikannya kelihatan lebih tua. Alternatif yang lain boleh anda cuba adalah mandi dengan menggunakan suhu air yang tidak melebihi 100 Fahrenheit. Jika anda mempunyai saluran yang lemah, anda boleh cuba mandi dengan air sejuk kemudiannya untuk menstabilkan keseimbangan dan menguatkan kulit.

Tidak Menggunakan Cermin Mata Atau Kanta Sentuh Bagi Yang Mempunyai Penglihatan Lemah

Orang yang mempunyai penglihatan yang lemah akan sering mengecilkan mata sepanjang masa. Ini akan menjejaskan kulit lembut di sekeliling mata dan menyebabkan kemunculan kedutan di wajah. Ingat untuk menggunakan cermin mata atau kanta lekap terutama sekali ketika bekerja di hadapan komputer.