5 Manfaat Matcha Untuk Kulit

Matcha bukan sahaja enak diminum tetapi juga berkhasiat untuk kulit.

Terkenal di negara Jepun, matcha kini sudah mendominasi dunia dan ia cukup digemari ramai. Matcha adalah sebahagian daripada budaya Jepun sejak abad ke-12 dan ia terdiri daripada daun Camellia hancur dan dikeringkan secara semula jadi. Ia juga digunakan untuk menghasilkan semua jeis teh yang lazim dinikmati.

Namun, ia berbeza daripada teh biasa seperti teh hijau, oolong atau teh putih. Tidak seperti teh yang lain, matcha tidak pernah dipanaskan dan teknik pemprosesannya yang minima telah menjamin kandungan nutrien dan antioksidanya. Oleh itu, matcha mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan dan kecantikan dan ini adalah antara lima manfaat matcha untuk kecantikan.

Merawat Radang Kulit

Serbuk matcha mempunyai ciri anti-radang, terutama EGCG. Ciri ini dapat membantu mengurangkan kemerahan yang berpunca daripada keadaan kulit kronik seperti rosacea dan juga jerawat. Serbuk matcha mempunyai tekstur yang cukup lembut dan sesuai untuk semua jenis kulit dan dapat membantu menyelesaikan masalah kulit berikut. Bukan sahaja kulit wajah rasa lebih baik, tetapi matcha juga mampu mengurangkan kemerahan dan akan membuatkan anda tampil lebih yakin dengan kulit anda.

Memperbaiki Kulit

Serbuk matcha juga mempunyai ciri yang dapat membantu untuk menjaga kulit anda agar ia sentiasa segar dan sihat. Ia bukan sahaja mengurangkan keradangan, ia juga menawarkan penyelesaian untuk kulit seperti mengelupas dan menghilangkan sel kulit mati, meremajakan serta memperbaiki kulit.

Kurangkan Tanda Penuaan

Antara masalah yang menghantui wanita adalah tanda penuaan. Menurut artikel yang dikeluarkan oleh Matcha Obsessed, Matcha dapat merangsang penghasilan elastin utnuk menambahkan tegangan pada kulit. Ia juga melindungi kulit daripada radikal bebas yang menyebabkan kerosakan matahari seperti sunburn atau melanoma, jeragat, kulit kering dan juga kedutan.

Rawat Kulit Berminyak

Tanin yang terkandung di dalam Matcha sebenarnya dapat membantu mengecilkan liang pori dan mengurangkan penghasilan minyak yang berkaitan dengan jerawat. Matcha juga sesuai diamalkan oleh remaja yang sering punya masalah dengan jerawat dan kulit berminyak kerana ia dapat menghilangkan minyak dari kulit dan melambatkan pengeluaran minyak yang menyebabkan jerawat.

Merawat Semua Jenis Kulit

Masker yang diperbuat daripada matcha cukup lembut untuk disapukan pada kulit dan kesannya cukup kuat untuk kulit yang memerlukan rangsangan kecil untuk wajah yang lebih baik.

Sumber: Matcha Obsessed, One Green Planet dan tamntea.com

Gambar: Shutterstock