5 Kelebihan Buah Epal Untuk Kecantikan

Inilah lima kelebihan buat epal untuk kecantikan

Buah epal, rasanya bukan sahaja enak tetapi ia juga kaya dengan Vitamin C. Selain daripada vitamin C, epal juga mengandungi vitamin A, vitamin B dan banyak lagi mineral penting seperti zat besi, zink dan kalium. Ia jug amengandungi antioksida yang baik untuk mengekalkan sel yang sihat. Berikut adalah kelebihan buah epal untuk kecantikan.

Gambar: Shutterstock

Mengatasi masalah kelemumur

Buah epal mengandungi sifat asid yang tinggi dan ia mempunyai pH yang sama dengan pH semula jadi kulit kepala. Oleh itu, epal boleh digunakan untuk mencegah bakteria dan kulat yang boleh menyebabkan kelemumur. Anda boleh membuat mask rambut dengan menggunakan epal yang dilenyekkan. Gunakan mask ini pada kulit kepala. Urut perlahan dan biarkan selama beberapa saat sebelum dibilas. Ia juga boleh digunakan pada rambut. Topeng ini dapat membantu mengatasi rambut yang lemah akibat minyak yang berlebihan, menjadikan rambut lebih subur, mencegah rambut gugur dan menjadikan rambut kelihatan lebih lurus.

Menyegarkan Mata

Epal juga boleh membantu untuk menyegarkan mata yang penat dan turut membantu menyembunyikan eye bags. Letakkan beberapa keping potongan epal segar di kedua belah mata. Biarkan selama lima minit agar kulit di sekeliling mata dapat menyerap air yang dihasilkan daripada hirisan buah epal tersebut.

Memulihkan Tekstur Kulit

Buah epal juga boleh melicinkan, mencerahkan dan mengurangkan kedutan pada kulit wajah. Anda boleh buat mask wajah dengan campuran buah epal yang diparut dengan satu sudu madu.

Mengatasi Masalah Jerawat

Sifat asid yang dimiliki buah epal sangat sesuai untuk melawan pembiakan bakteria yang boleh menyebabkan jerawat dan keradangan. Anda boleh buat mask anti jerawat dengan menggunakan separuh buah epal yang diparut dan campurkan dengan beberapa titik madu asli. Sapukan campuran ini pada bahagian wajah yang mempunyai jerawat dan biarkan selama 15 minit.

Mengurangkan Masalah Kulit Berminyak

Jika wajah anda berminyak, anda boleh menggunakan mask yang diperbuat daripada buah epal yang dilenyekkan, satu sudu besar jus limau dan dua sudu besar krim masam. Gunakan topeng ini pada wajah dan biarkan ia selama 10 minit kemudian bilas menggunakan air suam.

Dapatkan Khasiat Buah Epal Dengan APSKRIN FACE CREAM

Dirumus secara saintifik daripada buah epal, sumber terbaik untuk antioksidan. Krim ini membantu untuk menghidratkan, memulihkan, melicinkan dan memperbaiki kulit anda.

Krim ini dirumus untuk memaksimumkan pemulihan sel kulit dan mencegah keradangan sel kulit. Krim wajah APSKIN ini membantu untuk mendapatkan semula kulit yang meradang dan rosak di peringkat sel.

Gunakan krim ini setiap hari untuk membantu struktur elastin dan kolagen dan sekali gus menjadikan kulit anda berseri dan awet muda.

Kelebihan krim wajah APSKIN:

  • Melindungi, memulihkan dan mengembalikan kulit pada tahap selular tidak seperti krim wajah yang lain.
  • Mengubah wajah anda, meningkatkan seri wajah
  • Menyuburkan kulit wajah di peringkat selular, APSKINĀ  dirumuskan untuk membantu struktur elastin dan kolagen, menjadikan kulit anda lebih cerah dan awet muda
  • Keputusan ketara selepas menggunakan APSKIN selama tiga hingga lima hari, terutamanya dalam perubahan warna, kerosakan atau tekanan.