5 Cara Memakai Pengilat Kuku Rona Merah

Cara mudah untuk tampak cantik dengan pengilat kuku rona merah

Bagi sesetengah wanita, rona merah adalah warna yang mungkin tampak membosankan namun ia adalah rona klasik yang wajib ada dalam gerobok fesyen atau di meja solek anda. Jika anda inginkan penampilan yang kelihatan seksi atau klasik, anda boleh mengenakan gincu merah dan padankannya dengan pengilat kuku dengan rona yang sama. Jelita kongsikan lima cara memakai pengilat kuku rona merah.

Gambar: Shutterstock

1. Bagi Yang Kulit Cerah

Bagi anda yang memiliki kulit yang cerah, sapuan pengilat kuku rona merah berasaskan biru adalah sesuai untuk anda seperti warna beri merah atau maroon.

2. Untuk Yang Kulit Gelap atau Sawo Matang

Jika anda memiliki kulit gelap, tidak kira apa sahaja tona rona merah, ia pasti tampak cantik dioles pada kuku anda. Refleksi kulit perang dengan olesan pengilat kuku merah akan membuatkan jari jemari anda kelihatan lebih cantik.

3. Pebgilat Merah Lambat Kering

Pemakaian pengilat kuku rona merah biasanya memerlukan masa yang lebih untuk kering. Oleh itu, ketika anda sedang bersiap pastikan anda memberikan sedikit masa untuk pengilat kuku kering sepenuhnya.

4. Tip Elakkan Kesan Comot

Memakai pengilat kuku rona merah juga punya kekurangannya iaitu ia mudah menjadi comot. Kerana rona yang menyerlah, sedikit sahaja kesilapan boleh kelihatan dengan jelas. Jadi, sebelum mula menyapukan pengilat kuku, celupkan putik kapas di dalam pembersih pengilat kuku dan sapukan di sekeliling kuku. Apabila pengilat kuku disapu, kesan comot tersebut mudah untuk dihilangkan.

5. Beri Ruang

Ketika memakai pengilat kuku, berikan ruang antara kutikel dan pengilat kuku. Ini kerana ia akan tampak lebih kemas dan tampak profesional.

Sumber: EH!