10 Rutin Kecantikan Wanita Korea Yang Buat Kulit Kelihatan Berseri

Jika inginkan kulit yang cantik seperti wanita Korea, anda boleh cuba rutin penjagaan wajah ini

Wanita Korea terkenal dengan kulit yang cantik berseri. Mereka mengamalkan rutin kecantikan yang ketat untuk memastikan kulit sentiasa tampak cantik dan berseri. Jika anda inginkan kulit seperti wanita Korea, anda boleh cuba amalkan 10 rutin kecantikan wanita Korea yang buat kulit kelihatan berseri ini.

wanita Korea

Gambar: Instagram

Pembersih Bertekstur Minyak

Membersihkan solekan sebelum tidur adalah peraturan paling penting dalam rutin kecantikan. Kulit anda perlu bernafas dan berehat semasa tidur dan cara untuk melakukannya adalah dengan membersihkan sisa solekan, debu dan kotoran yang melekat pada kulit wajah anda sepanjang hari. Pembersih bertekstur minyak adalah cara sesuai untuk membersihkan solekan kerana minyak menyerap sisa solekan dengan baik. Gunakan dalam kadar yang mencukupi, urutkan pada wajah dan biarkan minyak itu melakukan tugasnya. Kemudian tambahkan sedikit air siam untuk membantu minyak diserap ke dalam kulit. Apabila selesai, bilas sehingga bersih.

Pembersih Berasaskan Air

Setelah anda menanggalkan solekan, sudah tiba masanya untuk membersihkan wajah anda sekali lagi. Hal ini adalah untuk memastikan anda membasuh semua kesan yang ditinggalkan oleh pembersih bertekstur minyak . Ini kerana sisa minyak boleh menghalang langkah seterusnya. Anda perlu mengambil pembersih dan urut muka anda sekali lagi. Pastikan anda berikan perhatian pada leher anda juga.

Pengelupasan (Exfoliator)

Kaedah ini yang paling rumit kerana penggunaanya bergantung pada jenis kulit anda namun lazimnya ia dilakukan dua kali seminggu. Menghapukan sel kulit mati adalah penting untuk mendapatkan wajah yang berseri dan sihat. Pastikan anda memilih pengelupasan dengan zarah kecil seperti pic, aprikot atau biji anggur untuk pengelupasan yang lembut.

Toner

Anda sudah sampai separuh dalam rutin kecantikan ini dengan memakai toner. Kulit yang sudah agak lembap lebih mudah dijaga kerana ia lebih cenderung untuk menyerap produk yang dipakai. Toner memberikan kelembapan kepada wajah dan mengimbangi tahap pH. Terdapat dua cara untuk anda memakai toner dan ia bergantung kepada keutamaan anda dan tekstur khusus produk tersebut. Biasanya, pad kapas akan digunakan ketika memakai toner.

Esen

Esen adalah salah satu item kecantikan penting buat wanita Korea. Ia adalah kombinasi toner dan serum yang membantu untuk menghidratkan kulit anda dan membantu mempertingkatkan kondisi kulit anda dan membantu kulit dalam proses sel regenerasi dan membaikinya. Sapukan esen selepas toner.

Rawatan

Langkah paling penting dalam rutin kecantikan wanita Korea. Berikan rawatan yang terbaik untuk kulit anda setelah seharian dalam persekitaran yang buruk dan tekanan yang berterusan. Rawatan yang diberikan adalah berbeza mengikut masalah yang anda hadapi seperti liang pori yang besar, zon T berminyak, kulit kusam, jerawat, pigmentasi, kedutan dan sebagainya.

Masker

Salah satu trend dalam rutin penjagaan kulit. Masker kini boleh didapati dalam pelbagai bentuk antaranya dalam corak haiwan. Anda boleh mengambil swafoto ketika memakai masker. Ia juga boleh memberikan anda 15 hingga 30 minit masa rehat yang anda perlukan. Jadi gunakan masa ini untuk baring dan nikmati kebaikan masker tersebut.

Krim Mata

Krim mata membantu dalam memberikan penghidratan dan pelindungan tambahan kepada kulit halus di bawah mata anda. Anda perlu ingat, jika kulit bawah mata anda nipis, elakkan dari menggosok krim terlalu kuat. Jika musim sejuk, gunakan krim yang lebih berkhasiat dan untuk musim panas pula, gunakan krim yang bertekstur gel. Terdapat beberapa krim mata yang mempunyai kesan penyejukan sedikit.

Pelembap

Badan dan kulit anda sangat bergantung kepada air untuk berfungsi dengan baik dan kelihatan sihat. Penghidratan adalah kunci untuk kesihatan dan kulit yang luar biasa. Pelembap boleh didapati dalam pelbagai tekstur seperti lotion, gel, krim, balm dan emulsi. Semuanya dengan tujuan untuk memberikan kelembapan sedalam mungkin di dalam epidermis dan menguncinya di sana untuk manfaat anda.

Krim Pelindung Matahari

Anda tidak boleh mengabaikan pelindungan UVA atau UVF untuk kulit anda. Jangan lupa untuk sapukan krim pelindung matahari pada bila-bila masa sahaja terutama sekali ketika anda berada di bawah sinaran matahari. Jika anda berada di dalam pejabat atau rumah, anda juga perlu menggunakan krim pelindung matahari kerana sinar UV menembusi tingkap walaupun ia menggunakan kaca yang tebal.