Disney bekerjasama dengan dua jenama fesyen terkenal

Koleksi istimewa buat peminat Disney!

Bagi peminat cerita Disney pasti mahukan koleksi seperti ini untuk diperagakan! Bukan item yang hanya tersimpan di dalam almari. Tetapi item ini boleh digayakan ke mana saja! Anda boleh melaram sakan dengan koleksi Disney kegilaan ramai ini….

1 of 2

Levi’s tampil bekerjasama dengan Star Wars dalam budaya pop yang telah berjaya mencetuskan kegilaan, nostalgia dan dedikasi seperti yang ditonjolkan empayar Star Wars.  Sejak Star Wars: A New Hope ditayangkan pada 1977, dunia fantasi angkasa lepas legenda itu menduduki ruang teristimewa dalam imaginasi kita, ruang di mana peminat bersemangat untuk mengimbau semula kala Star Wars: The Rise of The Skywalker menjengah pawagam pada Disember ini. Kisah yang diikuti seluruh dunia sejak lebih 40 tahun lalu, kini akan menerima penamat yang dinanti-nantikan.

Seiring dengan tayangan rasmi Star Wars: The Rise of The Skywalker dan tertumpu pada watak ikonik daripada trilogi original Star Wars, koleksi Levi’s x Star Wars ini menonjolkan rangkaian ikon klasik Levi’s bersama padanan kegemaran berinspirasikan gaya jalanan iaitu kemeja-T dan hoodie serta jaket trucker dan celana jean dalam variasi basuhan unik. Setiap helaian turut menampilkan elemen ikonik daripada watak kegemaran popular dan kapal angkasa daripada filem asal selain ditambah unsur unik seperti tampalan kulit Levi’s, butang, gelung penyangkut, poket bercetak dan logo Levi’s Batwing yang semuanya disuntik elemen Star Wars. Dan pastinya tidak lengkap koleksi Star Wars tanpa disertai dengan ungkapan terkenal daripada filem sebelum ini yang boleh dilihat sama ada pada cetakan atau sulaman di bahagian belakang serta lengan termasuk “May the Force be with you,” “In a galaxy far, far away….” dan semestinya ungkapan sinonim Chewbacca “GGWWWRGHH!!!!”

1 of 2