Clé de Peau Beauté Raikan 6 Wanita Ini Dalam Kempen Beauty & Beyond 2018

Clé de Peau Beauté turut menjual Le Serum edisi terhad sempena dengan kempen Beauty and Beyond 2018

Clé de Peau Beauté telah mengadakan satu kempen yang meraikan dan menghormati enam wanita Malaysia yang berjaya menghadapi kesukaran. Wanita ini dipilih merentas pelbagai industri. Setiap wanita ini mempunyai cerita mereka sendiri yang ingin dikongsikan kepada wanita yang lain.

Kempen Beauty and Beyond telah berlangsung buat kali kedua berturut-turut. Tujuan utama kempen ini adalah untuk meraikan ketahanan dan keberanian enam wanita yang dipilih. Setiap wanita berseri dalam cara mereka sendiri dan perjalanan mereka memberikan inspirasi dan kuasa yang membuktikan setiap kehidupan yang dilalui boleh berubah. Apa yang diperlukan adalah dorongan.

Sempena meraikan kempen ini, Clé de Peau Beauté  telah melancarkan Le Serum edisi terhad. Serum edisi terhad ini dua kali ganda lebih besar daripada biasa. Rumusan yang terkandung dalam serum ini termasuklah kompleks EX yang meningkatkan kekuatan kulit, melicinkan garisan halus dan merenggangkan kulit. Anda boleh melihat hasilnya dengan segera. Kulit tampak lain dan kelihatan lebih berseri daripada biasa.

Tujuan kempen ini juga adalah untuk memberikan inspirasi, mengubah dan belajar di kalangan wanita. Sama seperti kulit, jenama ini percaya bahawa transformasi dapat mendorong kepada peningkatan dalam kehidupan. Anda boleh mencapai  apa sahaja yang diimpikan melalui rutin disiplin yang tegas, pemikiran yang betul dan kemahuan yang tetap.

Enam wanita yang diraikan dalam kempen ini adalah:

Joey Cheong

Dr Er Ping Ling

Sasibai Kimis

Che Puan Juliana Evans

Phoebe Yap

Dr Helena Lim

Di samping itu, Clé de Peau Beauté  akan menaja lima botol Le Serum 40 ml yang bernilai RM 1,132 setiap botol untuk setiap wanita tersebut. Jualan Le Serum dalam komuniti penyokong atau peminat mereka akan dapat melihat hasil jualan akan disumbangkan kepada badan amal yang dipilih mereka.