Tip Priscilla Ono Guna Concealer Dengan Betul

Jelita dapatkan tip jurusolek artis global bagi Fenty Beauty secara eksklusif!

Pertengahan Januari lalu, Fenty Beauty yang dimiliki penyanyi sensasi, Rihanna menambah 10 lagi tona untuk bedak asas cecair Pro Filt'r menjadikan keseluruhan 50 tona untuk anda pilih.

Bagi melengkapi penawaran itu, ia turut melancarkan 50 warna untuk penyamar noda Pro Filt'r Instant Retouch Concealer jadi bolehlah anda bermain solekan asas dengan betul dan nampak bersiap.

Sudah memiliki dua 'senjata' bagi solekan asas wajah, anda perlulah tahu cara memilih dan fakta penting lain berkaitan dengannya. Justeru, Jelita telah menitip beberapa soalan berkaitan kepada Priscilla Ono, jurusolek artis global bagi Fenty Beauty untuk menjawab soalan berdasarkan pengalamannya yang meluas mengenai dunia solekan.

Priscilla Ono (Foto daripada Fenty Beauty)

6 of 6

Capai Kecantikan Semula Jadi

Jelita: Menerusi produk berasaskan kompleksi wajah dikeluarkan Fenty Beauty (concealer juga setting powder yang hadir dalam lapan warna), apakah langkah untuk mencapai asas solekan mampan namun tetap nampak semula jadi?

Priscilla: Fenty Beauty Pro Filt’r Instant Retouch Concealer yang terbaru amat bagus – pigmennya tinggi dan tahan lama. Anda hanya perlu beberapa pam Soft Matte Foundation dan beberapa titik Instant Retouch Concealer saja. Saranan saya untuk solekan berkenaan adalah melayangkan selapis nipis bedak asas cecair kemudian letakkan concealer secara strategik pada bekas parut, kawasan kemerahan, kawasan bawah mata, hiperpigmentasi atau mana-mana yang anda ingini.

Sedikit sudah memadai jadi saya akan mula sedikit-sedikit dan lapisi hanya bila perlu supaya muka tidak nampak terlalu cakey. Instant Retouch Setting Powder hadir dalam lapan warna, jadi pasti ada satu bedak untuk setiap tona kulit. Warna seperti Lavender, Banana, Honey dan Nutmeg mampu berikan kesan mencerah yang lembut.

Baca juga: 5 Amalan Cantik Untuk Kekal Muda & Berseri

Semua foto daripada Fenty Beauty.

6 of 6