Tip Priscilla Ono Guna Concealer Dengan Betul

Jelita dapatkan tip jurusolek artis global bagi Fenty Beauty secara eksklusif!

Pertengahan Januari lalu, Fenty Beauty yang dimiliki penyanyi sensasi, Rihanna menambah 10 lagi tona untuk bedak asas cecair Pro Filt'r menjadikan keseluruhan 50 tona untuk anda pilih.

Bagi melengkapi penawaran itu, ia turut melancarkan 50 warna untuk penyamar noda Pro Filt'r Instant Retouch Concealer jadi bolehlah anda bermain solekan asas dengan betul dan nampak bersiap.

Sudah memiliki dua 'senjata' bagi solekan asas wajah, anda perlulah tahu cara memilih dan fakta penting lain berkaitan dengannya. Justeru, Jelita telah menitip beberapa soalan berkaitan kepada Priscilla Ono, jurusolek artis global bagi Fenty Beauty untuk menjawab soalan berdasarkan pengalamannya yang meluas mengenai dunia solekan.

Priscilla Ono (Foto daripada Fenty Beauty)

2 of 6

Elak Kulit Tampak Merekah

Jelita: Bedak asas nampak merekah perkara biasa bagi mereka yang ada kulit kering. Bagaimana memastikan solekan tahan lama dan kulit kekal lembap sepanjang hari?

Priscilla: Lakukan eksfoliasi sebelum melayang solekan adalah kuncinya dan satu langkah penting yang ramai orang sering lupa adalah melembap kulit anda. Ada kalanya, sukar hendak tentukan atau kenal pasti kulit kering hinggalah anda menggunakan solekan. Masa itu, barulah kelihatan merekah bila solekan mula mengering. Ini terutamanya jelas bila musim salju.

Justeru, selepas eksfoliasi, gunakan pelembap yang baik dan pastikan bila sedang melayang solekan, perhatikan jika solekan itu mula merekah. Jika ada kawasan kering, sembur face mist atau campur sedikit pelembap pada bedak asas cecair untuk mengurangkan kekeringan atau menghilangkan kesan merekah itu.

2 of 6