Tip Priscilla Ono Guna Concealer Dengan Betul

Jelita dapatkan tip jurusolek artis global bagi Fenty Beauty secara eksklusif!

Pertengahan Januari lalu, Fenty Beauty yang dimiliki penyanyi sensasi, Rihanna menambah 10 lagi tona untuk bedak asas cecair Pro Filt’r menjadikan keseluruhan 50 tona untuk anda pilih.

Bagi melengkapi penawaran itu, ia turut melancarkan 50 warna untuk penyamar noda Pro Filt’r Instant Retouch Concealer jadi bolehlah anda bermain solekan asas dengan betul dan nampak bersiap.

Sudah memiliki dua ‘senjata’ bagi solekan asas wajah, anda perlulah tahu cara memilih dan fakta penting lain berkaitan dengannya. Justeru, Jelita telah menitip beberapa soalan berkaitan kepada Priscilla Ono, jurusolek artis global bagi Fenty Beauty untuk menjawab soalan berdasarkan pengalamannya yang meluas mengenai dunia solekan.

Priscilla Ono (Foto daripada Fenty Beauty)

1 of 6

Memilih Bedak Asas Cecair Yang Sesuai

Jelita: Selain merujuk kepada penasihat kecantikan di kaunter, apakah tip atau helah bila hendak memilih warna bedak asas cecair yang betul buat kulit anda? Bagaimana menentukan undertone yang betul?

Priscilla: Pertama sekali, kenal pasti anda dalam lingkungan tona yang mana – Cerah, Medium, Tan atau Deep. Daripada situ, anda boleh menentukan tona yang spesifik berdasarkan undertone berkenaan. Jika anda masih ragu akan undertone, panduan mudah adalah tanya diri sendiri – apakah reaksi kulit bila ia bertindak balas dengan matahari. Jika anda mudah ‘terbakar’, berkemungkinan besar anda mempunyai cool undertone. Jika anda menggelap dengan mudah, anda mempunyai warm undertone.

Jika anda mudah ‘terbakar’ kemudian menggelap, neutral adalah undertone anda. Bila sudah menentukan julat berkenaan, anda boleh mencari tona bedak asas menggunakan alat pencari di laman web Fenty atau pergi ke Sephora untuk melihat opsyen warna yang boleh dipadankan dengan julat dan undertone anda.

1 of 6