BUTIK KECANTIKAN BEAUTÉ LIBRARY KINI DI ONE UTAMA SHOPPING CENTRE

Tawar khidmat meladeni wajah & tubuh buat wanita & lelaki.

Beauté Library iaitu pusat kecantikan yang  berkonsepkan holistik telah meluaskan rangkaiannya dengan membuka cawangannya yang ke lapan di One Utama Shopping Centre.

Pusat kecantikan premium berkeluasan 1,500 kaki persegi ini menawarkan 11 bilik rawatan yang cukup selesa dan luas dengan hiasan dalaman elegan serta mewah sesuai untuk pelanggan wanita juga lelaki. Ia turut selari dengan misinya yang mahu terus menjadi peneraju di dalam industri kecantikan.

Bukan sahaja menawarkan pelbagai rawatan termasuk untuk wajah dan tubuh, Beauté Library mempunyai keunikan tersendiri yang mana mengeluarkan rangkaian produk berasaskan rumusan natural khusus untuk kulit wanita Asia. Diformulasi daripada bahan natural, rangkaian produk ini bertindak lembut pada kulit dan sesuai dengan cuaca di Malaysia.

Lebih menarik, rawatan kecantikan di  Beauté Library diperhebatkan dengan penggunaan peralatan teknologi canggih lagi terkini antaranya ketika rawatan wajah, tubuh, mencabut bulu, dan juga kontur tubuh yang mana akan memberikan kesan yang lebih optimum dan efektif.

Alami sendiri pengalaman mengujakan ini dengan mengunjungi Beauté Library untuk kecantikan secara menyeluruh. Untuk informasi dengan lebih lanjut, sila layari http://www.beautelibrary.com atau hubungi 03-9212 3117.

Jika anda berminat mengunjunginya, ianya terletak di Beauté Library @ One Utama Shopping Centre. Lot S117D, Tingkat Dua, No 1, Lebuh Bandar, Dataran Bandar Utama, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor.