Butik Ephemeral Chanel kini di Suria KLCC

Elemen seperti topi jaluran pada baju dan seluar, palet warna putih dan merah dan kot tebal yang menjadi lambang kru angkatan laut diceduk dan ditambah elemen moden bagi menghasilkan koleksi yang cukup ikonik ini.
1 of 7

Selepas mempertaruhkan koleksi Spring/Summer 2018, June menjadi bulan istimewa buat pencinta fesyen mewah kerana koleksi Métiers d’art Paris-Hamburg 2017/18 oleh Chanel kini dipamerkan di butik ephemeral Chanel pertama di Malaysia iaitu di Suria KLCC.

Bandar Hamburg dipilih sendiri oleh ketua pengarah kreatif Chanel, Karl Lagerfeld bagi mempersembahkan koleksi terkininya dengan mengilhamkan gambar pelabuhan Hamburg dan pakaian kru angkatan laut yang cukup gah. Elemen seperti topi jaluran pada baju dan seluar, palet warna putih dan merah dan kot tebal yang menjadi lambang kru angkatan laut diceduk dan ditambah elemen moden bagi menghasilkan koleksi yang cukup ikonik ini.

1 of 7