Bukan Sekadar Perhiasan Dari Sepanyol!

Tous kini di Pavilion, bekerjasama dengan Kumpulan Habib Malaysia.

Tous berkolaborasi dengan kumpulan Habib untuk mengukuhkan lagi kehadiran jenamanya di Asia. Ia menghasilkan perhiasan dan aksesori mewah yang berpatutan dari Sepanyol agar warisan jenama tersebut dapat memberi inspirasi kepada masa depan serta mewujudkan gaya yang unik untuk wanita hari ini di seluruh dunia. Selain itu, Tous turut memilih Malaysia sebagai salah satu tumpuan pasaran utama bersama Kumpulan Habib kerana mempunyai nilai kreativiti dan matlamat yang sama. Kerjasama itu adalah untuk melampaui jangkaan pelanggan dan dapat mengikuti perkembangan trend di pasaran selain dapat memberi inspirasi dan idea yang berbeza.

Tahun ini juga Tous akan meraikan 100 tahun jenama terkenal itu di seluruh dunia. Namun Tous bukan sahaja mengeluarkan aksesori dan perhiasan malah turut menawarkan pelbagai pilihan seperti beg tangan, kaca mata dan selendang. Setiap rekaan aksesori dan perhiasan itu mempunyai nilai dan makna tersendiri.

Pencinta Tous di Malaysia boleh pergi ke butik yang berada di Pavilion Kuala Lumpur dan IOI City Mall di Putrajaya.

Lihat juga: Tiada Lagi Beg Plastik & Kertas di H&M

1 of 9

1 of 9