Bolehkah Mengunjungi Spa Ketika Sedang Berpuasa?

Ini adalah panduan jika anda ingin ke pusat kecantikan ketika sedang berpuasa.

Berpuasa bukanlah alasan untuk bermalasan di rumah tanpa melakukan sebarang aktiviti. Segarkan tubuh dengan perawatan yang dibenarkan.

Jika punya kelapangan, apa kata anda berkunjung ke spa dan pusat  kecantikan. Bukan sahaja boleh merawat kulit wajah dan badan, malah ia boleh dijadikan sebagai satu hadiah buat diri anda setelah melalui hari yang memenatkan dengan rutin kerja saban hari. Inilah masanya untuk anda membelai diri anda dengan ruang masa dan tempat yang mendamaikan.

Ramai yang tertanya-tanya apakah boleh melakukan rawatan kecantikan ketika sedang berpuasa. Ia tidak salah, namun anda harus tahu panduannya apa yang boleh dan tidak agar ia tidak memudaratkan diri.

PILIH RAWATAN YANG BERSESUAIAN

Antaranya, jangan melakukan rawatan yang tidak bersesuaian dan memaksa badan anda untuk bekerja keras. Sebagai contoh, rawatan sauna. Ia tidak sesuai kerana ianya melibatkan penggunaan suhu yang agak tinggi dan panas. Ini menyebabkan badan anda akan mengeluarkan peluh dengan banyak dan terhidrasi. Akhirnya, anda akan berasa penat dan mudah haus.

Bagi rawatan wajah pula, elakkan rawatan yang memerlukan wajah anda dibersihkan dengan air kerana ia dikhuatiri membukan ruang bagi air masuk ke dalam mulut ataupun telinga ketika rawatan dilakukan. Untuk itu, anda boleh memilih rawatan wajah secara estetik kerana ia banyak melibatkan penggunaan alat seperti laser ataupun gelombang mikro bunyi pada dasar kulit sahaja.

RELAKS & TENANG

Jika anda masih ragu-ragu, anda boleh melakukan rawatan seperti dibawah.

  • Rawatan manicure dan pedicure – Sangat jelas rawatan mencantikkan kuku bukanlah sesuatu yang berat untuk dan tidak memaksa badan anda bekerja keras. Jemari lebih bersih dan cantik.
  • Urutan refleksologi kaki – Alangkah seronoknya apabila kaki anda diurut lembut. Terasa hilang semua lenguh-lenguh dan bagus untuk perjalanan darah juga.
  • Urutan wajah – Bagus untuk menaikkan seri wajah yang kusam dek kerana kulit kering sepanjang berpuasa.
  • Urutan badan – Badan terasa lebih ringan dan segar kerana urutan badan boleh melancarkan peredaran darah dan menghilangkan sengal- sengal pada badan.