Solusi Penjagaan Wajah Ultra Moden

Miliki kulit yang lembap dan segar dengan rutin penjagaan wajah yang lebih mudah dan cepat.

Miliki kulit yang lembap dan segar dengan rutin penjagaan wajah yang lebih mudah dan cepat.

Sibuk dengan rutin harian membuatkan ramai wanita kurang waktu untuk membelai kulit dengan betul apatah lagi hendak berkunjung ke spa rawatan wajah. Jika punya waktu pada hujung minggu sekalipun, ia akan dihabiskan dengan meluangkan masa bersama keluarga dan anak.

Kini, anda boleh memiliki kulit wajah idaman dengan rutin cantik yang lebih mudah, cepat dan berkesan dengan Nu Skin ageLOC® Galvanic Spa® PowerMask. Ia adalah topeng wajah unggul yang dirumus istimewa dengan Biocellulose, teksture yang lembut dan ringan berfungsi untuk memberikan kelembapan pada kulit wajah secara optimum.

Topeng wajah ini juga mempunyai efek dingin dan nyaman yang boleh melegakan kulit untuk kesegaran berpanjangan. Selain itu, ia hadir dengan rumusan ekstrak althea rose flower, untuk memberikan manfaat berganda pada kulit serta bagus untuk melawan penuaan.

Cuba ini juga!

Nu Skin ageLOC® Galvanic Spa®, ialah peranti mini berfungsi untuk memberikan hasil yang maksimum pada kulit wajah. Ia hadir dengan sistem galvanik dengan gabungan hebat teknologi serta terbukti secara klinikal untuk meremajakan kulit wajah anda.

Dicipta menggunakan teknologi galvanic yang boleh dilaraskan, ia akan mengaktifkan rumusan ageLOC® untuk menjana sel kulit untuk penggunaan pada wajah, rambut dan badan.

Apabila ia digunakan bersama Nu Skin ageLOC® Galvanic Spa®, kulit akan menjadi lebih lembap, berseri dan anjal untuk penampilan yang lebih muda menawan.

Artikel berbayar ini disiarkan sempena Istimewa Nu Skin di dalam Majalah Jelita edisi Oktober 2019.