Formulasi Unggul Untuk Segarkan Wajah

Rawat kulit sensitif dengan formulasi terkini untuk kulit kekal sihat dan terjaga.

Rawat kulit sensitif dengan formulasi terkini untuk kulit kekal sihat dan terjaga.

Memiliki dan mengekalkan kulit cantik adalah tugas yang sukar hari ini, disebabkan faktor cuaca panas dan pencemaran. Bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif, haruslah menjaga kulit secara ekstra agar kulit tidak terus rosak dan menua sebelum usia.

Untuk itu, anda haruslah peka dengan produk penjagaan wajah yang digunakan, tertamanya bahan rumusan atau kandungan di dalam sesebuah produk itu. Kulit yang sensitif mudah bertindak balas seperti cepat merengsa dan menjadi kemerah-merahan serta gatal jika sesuatu bahan kandungan itu tidak sesuai ataupun terlalu ‘kuat’ pada kulit.

The Miracle Mask daripada CS12, iaitu topeng wajah berkuliti tinggi, gabungan kehebatan teknologi dari Jerman dengan rumusan natural premium, khusus untuk mereawat dan melegakan kulit sensitif dan bermasalah.

Topeng wajah selembut sutera ini diperkaya dengan rumusan anti inflamasi dan asid hyaluronik yang akan meresap ke dalam kulit untuk membantu melembapkan kulit, menjana sel kulit baharu dan melindungi kerosakan kulit daripada selaran UV. Topeng wajah ini juga mempunyak efek dingin, akan melegakan kulit wajah setelah seharian terdedah kepada cahaya matahari.

Selain penggunaan topeng wajah, belai kulit wajah dengan aplikasi CS12 Calming Ampoule. Ia sejenis ampoule yang mengandungi asid hyaluronik iaitu, agen pelembap pada kulit wajah. Ia turut diperkaya dengan ekstrak daun witch Hazel yang bersifat anti bakteria serta ekstrak Cowslip yang membantu mengecilkan liang pori dan melegakan kesan gatas. Rumusan ekstrak Veronica Officinalis dan Beta Glucan pula berfungsi untuk melindungi dan memulihkan kulit yang rosak.

Petanda Kulit Anda Sensitif

  • Terasa ‘ketat’ selepas membersihkan wajah.
  • Mudah terkena bintik merah atau iritasi seperti gatal pada kulit.
  • Cepat terbakar atau sunburn jika terkena cahaya matahari dalam jangka masa yang singkat.
  • Mengalami garis halus dan keduatan pramatang.

Artikel berbayar ini disiarkan sempena Istimewa CS12 di dalam Majalah Jelita edisi Oktober 2019.