Bata Heritage dan Coca Cola lancar kapsul ikonik

Bata Heritage lancar kapsul ikonik untuk koleksi musim bunga/panas 2019

Bata Heritage telah bekerjasama dengan yang syarikat minuman terbesar di dunia iaitu Coca-Cola dengan membentangkan kapsul yang ikonik ini. Koleksi terkini ini menaruhkan elemen-elemen yang segar pada gaya legenda Bata Tennis dan Hotshot.

Coca-Cola bersama Bata Heritage yang berwarna merah dan putih mempunyai nilai keaslian tersendiri. Kedua-dua jenama keluarga yang terkenal itu menyatukan DNA mereka untuk menperkenalkan pelbagai stail kasut yang bergaya. Koleksi ini menjadikan Bata Tennis yang telah wujud sejak tahun 1936 di India sebagai gaya ikonik. Ia mula direka khas untuk kanak-kanak sekolah memakainya semasa kelas Pendidikan Jasmani dan masih menjadi salah satu jenama kasut yang paling laris pada hari ini. Untuk koleksi ini, gaya yang diperkenalkan merupakan cetakan logo Coca-Cola berwarna putih pada kanvas merah yang meliputi keseluruhan bahagian atas kasut dan sepadan dengan tali dan lubang tali kasut.

Koleksi ini mula diperkenalkan pada tahun 1972 sebagai kasut bola keranjang, Hotshot mendapat daya tarikan selepas legenda muzik Nirvana, Kurt Cobain dilihat menyarung kasut ini pada beberapa acara semasa zaman kegemilangan kumpulan band. Revolusi untuk versi 2019, Bata memilih warna ikonik Coca-Cola pada dua gaya berbeza dengan variasi warna. Gaya pertama adalah versi grafik putih pada luar kasut yang memaparkan jahitan warna merah, tali, logo sisi dan belakang serta piping di sekeliling kasut. Ia juga datang dengan slogan terkenal Coke  iaitu “The Real Thing” timbul dalam cetakan hitam pada sisi tapak kasut.

Selain itu, terdapat juga versi yang lebih ceria di mana ungkapan perkataan merah Coca-Cola dalam pelbagai bahasa merentasi kanvas luar putih. Koleksi kapsul Coca-Cola + Bata Heritage SS19, berharga RM199 hingga RM299, akan tersedia secara eksklusif di Bata Suria KLCC dan dalam talian di www.bata.com.my bermula 15 Mac 2019 dan seterusnya. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Koleksi Bata atau untuk terus mengemas kini berita dan promosi dari Bata, ikuti Bata Malaysia di Facebook Bata Home, atau di Instagram @batamalaysia