Barang preloved dari Jepun pertama dalam talian

Bandoru kini dalam talian!

Bandoru kini menjadi sebuah kedai pakaian preloved pertama di Asia yang melancarkan platform pembelian dalam talian di mana pelanggan dapat melayari, memilih dan membeli tawarannya hanya menenerusi laman web. Ia adalah untuk menawarkan pengalaman membeli-belah yang lebih baik kepada pelanggan. Semua hanya di hujung jari!

Semakin ramai begitu meminati barangan preloved dan berasa puas dengan mencari serta mendapatkan sesuatu yang unik. Remaja turut tertarik dengan keseronokan menyelam barangan bundle terutamanya gaya vintage 90s yang diilhamkan dari selebriti dan fashionista yang dianggap masih bergaya sehingga kini. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Bandoru, Azizi Adil, pembelian pakaian preloved adalah trend yang berkembang di kalangan remaja Malaysia. Ia adalah salah satu jalan untuk mengekspresikan keperibadian dan personaliti diri iaitu melalui fesyen. Bandoru mahu menggalakkan perkara itu dengan tujuan untuk meningkatkan pengalaman yang baik pada pelanggan.


Alami pengalam berbeza! ‘Better than new’, Bandoru diasaskan pada 2016 dengan barangan terpakai yang ditangani dengan teliti, bermula dari pemilihan produk dan kemudian akan melalui pemeriksaan kualiti yang ketat serta proses sanitasi sebelum mereka diagihkan ke lima kedai di seluruh Malaysia. Bandoru juga memaparkan barangan seperti berada dibutik mewah.

Selain trend berfesyen, terdapat peningkatan kesedaran pada orang ramai mengenai kesan kemampanan fesyen yang telah menyumbang ke arah peningkatan pasaran barangan preloved. Ia menbawa kepada peningkatan barangan import dari Jepun yang umumnya dianggap mempunyai kualiti yang lebih tinggi disebabkan oleh fakta bahawa Jepun terkenal kerana mendedikasikan perhatian dan penjagaan yang teliti kepada barangan mereka.

Bandoru mempunyai lima cawangan yang terletak di Shah Alam, Bangi, Seremban 2, Senawang dan Johor Bahru. Anda boleh layari www.bandoru.com atau lawati laman Facebook.

Sila layari juga Parti Bubble Tea Kegilaan Ramai