Baju Raya Buat Suami Tercinta!

Baju Raya yang cukup Fattastic oleh Fattah Amin!

Fattah Amin meneroka lembaran baru dalam kerjayanya dengan melancarkan jenama pakaiannya sendiri, Fattastic selepas mencatat deretan kejayaan dalam laluan seninya sebagai pelakon dan penyanyi.

Koleksi sulung jenama Fattastic iaitu Fattastic Raya yang dihasilkan khas sempena Hari Raya Aidilfitri 2019 telah diperkenalkan kepada umum melalui satu majlis pelancaran dan pertunjukkan fesyen yang telah diadakan di Hotel Ritz-Carlton Kuala Lumpur. Perasmian telah dibuat oleh Fattah Amin selaku pengasas jenama tersebut.

Fattastic Raya menampilkan koleksi premium terdiri daripada baju Melayu moden dan kurta yang diilhamkan dari citarasa pemakaian Fattah Amin yang menitikberatkan identiti budaya Melayu. Selain itu, dia turut mengekalkan elemen penting baju Melayu tetapi mengenengahkan perincian fesyen moden dengan menggunakan material premium berkualiti tinggi. Baju Melayu Fattastic ditawarkan dalam sembilan warna menarik manakala lima pilihan kurta dengan rekaan unik ditawarkan kepada para peminat.

Koleksi Baju Melayu Fattastic Raya dijahit dengan potongan modern-fit dan mempunyai butang praktikal di lengan yang memudahkan pergerakan selesa si pemakai dalam pelbagai situasi. Satu perincian khas adalah penggunaan butang di poket depan yang jika dilihat secara dekat mempunyai tiga perkataan Fattastic.

Baju Kurta Fattastic Raya pula dihasilkan dari material kapas premium dijahit dengan potongan longgar dengan butang Fattastic di sisi lengan yang boleh digayakan dengan lengan jatuh sepenuhnya atau lengan dilipat naik serta sesuai dipakai untuk majlis rasmi dan santai.

Koleksi Fattastic Raya by Fattah Amin ini adalah terhad dan boleh didapati secara pra-tempahan. Justeru pembeli awal  akan menerima hadiah istimewa  daripada Fattastic yang akan membuatkan lebaran anda tahun ini lebih berseri. Koleksi sulung jenama Fattastic ini adalah di bawah naungan syarikat fesyen Fazbulous.

Lihat juga Inovasi Calaqisya Beri Keselesaan Kepada Pesakit Kanser

3 of 3

 

3 of 3