Bagai Berlari Di Atas Bubble!

Langkah penuh makna daripada Nike

Alami pengalaman baru dengan memakai kasut Nike Joyride bersama formulasi terbaru untuk larian yang lebih selesa dan menyeronokkan!

Nike memperkenalkan inovasi terbaharu dengan platform kusyen iaitu Nike Joyride yang direka bentuk untuk membantu dalam penjagaan kaki. Ia menyampaikan pengalaman yang begitu menakjubkan dengan kesan penyerapan yang hebat bersama tenaga yang tidak terkira. Nike Joyride mempunyai sistem kusyen terkini yang diperbuat daripada beribu manik TPE (kopolimer plastik dan getah). Sistem ini mewujudkan tapak kaki dinamik yang membentuk kaki anda dengan kusyen yang lembut dan lancar dimana membantu anda berjalan.

Nike Joyride mengeluarkan Nike Joyride Run Flyknit pertama yang direka untuk semua pelari dengan kusyen yang lembut dan meringankan impak yang lancar dimana begitu penting sama ada anda seorang marathon berpengalaman yang mencari jalan keluar atau seorang pemula yang ingin mencari langkah sebenar anda. Nike Joyride NSW Optik eksklusif buat wanita manakala Nike Joyride Kids Nova direka untuk keperluan atlet muda.

1 of 5

Nike Joyride NSW

1 of 5