Panduan Berkunjung Ke Spa Kecantikan

Ikuti tip mudah ini jika anda ingin berkunjung ke pusat kecantikan agar sesi rawatan lebih selesa.

 

Berkunjung ke spa kecantikan kini tidak hanya menjadi gaya hidup, malah ia seakan keperluan untuk para wanita di luar sana.

Pun begitu, sebelum anda berkunjung ke spa kecantikan, anda harus tahu apakah tip dan panduan yang sesuai jika ingin mendapatkan rawatan di pusat kecantikan. Jangan main terjah sahaja ya! Berikut tip atau adab yang harus anda praktikkan jika mahu berkunjung ke spa kecantikan.

Fahami Apa Yang Anda Inginkan

Terdapat pelbagai pusat kecantikan dengan pilihan rawatan yang berbeza. Ada yang hanya khusus untuk perawatan badan, kulit wajah dan rambut.  Ini penting untuk anda merasai sendiri keberkesanan rawatan dan masalah cantik anda dapat di selesaikan.

Catat Di Dalam Buku Diari Anda

Jadikan amalan untuk sentiasa mencatat semua details mengenai rawatan yang telah anda jalani. Ini bertujuan untuk memudahkan anda jika berlakunya percanggahan dan salah faham antara anda dan pusat kecantikan.

Mempercayai Terapis Anda

Setelah sudah memilih tempat dan rawatan yang diinginkan, anda harus mempunyai komunikasi dua hala yang betul dan tepat dengan terapis anda. Selain itu, anda juga harus  mempercayai kepakaran dan kemampuan terapis itu agar proses rawatan lebih berkesan dan selesa.

Jangan Datang Lambat

Datang 15 minit sebelum waktu temujanji anda. Anda akan mempunyai masa untuk menukar baju, pergi ke tandas, dan ini juga  mengelakkan daripada ‘badan terkejut’ dengan sesuatu rawatan yang akan dijalankan. Bukan itu sahaja,  fizikal dan mental anda lebih rileks dan tenang.

Tidak Memakai Perhiasan Berlebihan

Anda tidak digalakkan untuk memakai aksesori perhiasan yang berlebihan. Ini penting  untuk aspek keselamatan dan keselesaan.

Pastikan Telefon Bimbit Di Dalam Mod Senyap

Untuk aspek kelesaan, pastikan telefon  bimbit anda di dalam mod senyap. Bukan itu sahaja, ia juga untuk mengelakkan anda daripada rasa terganggu ketika menjalani rawatan.

Makan Sebelum Rawatan

Kebiasaannya, sesuatu rawatan kecantikan mengambil masa yang agak lama. Anda digalakkan untuk makan atau alas perut terlebih dahulu agar anda kekal bertenaga sepanjang tempoh rawatan