Urutan Wajah Rahsia Kekal Muda

Untuk mengekalkan kecantikan wajah tidak seharusnya mengeluarkan belanja yang besar dengan membeli pelbagai jenis produk kecantikan wajah. Tahukah anda, selain daripada menempel pelbagai krim pada wajah, urutan juga boleh membantu memperlihatkan wajah anda kelihatan lebih muda,sihat dan berseri.

Ramai yang tidak tahu akan kebaikan apabila anda konsisten mengurut wajah. Ia tidak memerlukan peralatan atau belanja yang besar, cukup dengan beberapa langkah asas di dalam 10 minit sahaja. Jika anda tidak mempunyai masa untuk ke spa kecantikan, anda boleh lakukan langkah asas urutan wajah di rumah. Antara kebaikan urutan wajah ialah:

  • Melancarkan peredaran darah. Salah satu mengapa wajah kelihatan kusam adalah kerana tidak mendapat bekalan oksigen yang secukupnya. Apabila peredaran darah  menjadi lancar, ia akan membekalkan kandungan oksigen yang secukupnya di dalam liang-liang saraf  permukaan kulit wajah.
  • Dapat menyingkirkan toksin atau kotoran yang tersembunyi pada sel-sel kulit. Selama ini, wajah anda sering terdedah dengan kotoran, debu, habuk, mekap yang tebal dan sebagainya. Ini akan menyebabkan liang pori tersumbat. Mungkin anda berpendapat, dengan membersihkan wajah kotoran sudah hilang. Ya benar, tetapi tidak salahkan jika anda melakukan sesuatu yang esktra untuk penjagaan wajah.
  • Dapat memberikan rangsangan yang lembut dan efek rileks pada wajah. Urat- urat wajah yang tegang juga boleh menyebabkan wajah anda cepat letih, tidak bermaya dan munculnya garis halus penuaan.
  • Dapat menghilangkan lingkaran gelap bawah mata. Urutan pada kawasan mata, akan merangsang peredaran darah dan menghilangkan kesan mata panda.
  • Rutin mengurut wajah ini juga  membuatkan sel-sel kulit menjadi lebih aktif agar ia mudah menyerap air dan kandungan sesuatu produk seperti pelembap dan serum.
  • Dan yang pasti, urutan wajah akan buatkan wajah anda kelihatan lebih runcing dan kekal awet muda.