Anugerah Belai Diri 2018: Uroot Spa

Badan Lebih Ringan, Terasa Segar di Uroot Spa

Badan Lebih Ringan, Terasa Segar

Urut badan sering menjadi pilihan untuk mengatasi rasa penat, letih serta melonggarkan sendi tubuh yang tegang setelah lama bekerja.

Uroot Spa

Urutan Tubuh Terbaik

Manfaat utama urutan badan sudah tentu tubuh yang terasa lebih segar, ringan dan bertenaga. Apabila tubuh mendapat sesi manjakan diri yang amat diperlukan, fikiran dan jiwa turut meraih manfaat bila mana anda terasa lebih lega dan sihat.

Alami sendiri pengalaman mengujakan ini di Uroot Spa, spa urutan badan yang menggabungkan teknik urutan di dalam suasana yang penuh tradisional untuk menenangkan minda dan badan. Bayangkan, sebaik saja anda menjejakkan kaki ke dalam spa ini, bau minyak aromaterapi menusuk harum dengan suasana deko yang minimalis memberikan perasaan tenang dan cukup damai.

Terdapat pelbagai urutan yang anda boleh lakukan. Setiap satu rawatan urutan badan yang ditawarkan ini dilakukan pakar profesional juga terlatih. Setiap satunya mempunyai manfaat tersendiri baik untuk fizikal mahupun mental anda.

Sebagai contoh, Relaxing Sleep Massage. Rawatan ini mempunyai sentuhan yang lembut dengan menggunakan pati minyak berekstrakkan bahan alami. Rawatan ini sesuai buat anda yang sering keletihan akibat jadual penerbangan yang terlalu lama, kurang bermaya dan lenguh badan. Relaxing Sleep Massage ditawarkan dengan harga RM129 untuk durasi urutan 60 minit manakala RM169 untuk durasi 80 minit. Amat berbaloi!

Info Menarik

Jika anda tidak pasti apakah rawatan yang sesuai, pakar terapi akan membantu anda mendapatkan rawatan yang tepat berdasarkan keperluan kesihatan dan mental anda.

Artikel berbayar ini disiarkan sempena Anugerah Belai Diri Jelita 2018 di dalam isu Disember 2018.