Anugerah Belai Diri Jelita 2018: Polished by Sama Sama Spa

Jemari Cantik Dengan Pengilat Kuku Halal

Jemari Cantik Dengan Pengilat Kuku Halal

Wajah yang sudah dirias kurang serinya jika kuku dibiarkan rosak tanpa penjagaan dan kecantikan yang rapi

Pengilat Dan Pembersih Kuku Terbaik

Sama Sama Spa telah melancarkan pengilat kuku patuh Syariah, POLISHED by Sama Sama, pilihan yang lebih sihat dan memberi peluang kepada wanita terutamanya Muslimah untuk merias diri melalui pengilat kuku yang telap air dan udara serta mesra wuduk. POLISHED by Sama Sama diformulasi dengan minyak zaitun serta kombinasi bahan yang bermutu tinggi untuk memenuhi cita rasa wanita masa kini.

Jenama ini menawarkan penanggal pengilat kuku yang berasaskan minyak dengan wangian ros, bebas daripada lapan bahan kimia yang memudaratkan, bebas aseton dan asetat. Ia berkonsepkan helaian basah ang hanya perlu dioleskan di permukaan kuku. Kombinasi formula unik ini mampu menanggalkan pengilat kuku dengan cepat dan mudah. Ia dirumus untuk membuatkan kuku dan jemari menjadi lebih sihat.

Miliki Riasan Kuku Yang Menarik

  • POLISHED by Sama Sama dikeluarkan oleh Sama Sama, spa muslimah yang pertama mendapat Sijil Patuh Syariah (Syariah  Compliance) oleh Sirim MS 1900:2014 dan ISO 9001:2015 selain disahkan Halal oleh ‘International Halal Integrity Alliance Ltd’, IHIAS 080:2011.
  • Dirumus istimewa daripada minyak zaitun dan berasaskan air.
  • Halal, patuh shariah dan mesra wudhu.
  • Ia boleh didapati di Sama Sama Spa, A02. Plaza Jelutong, Bukit Jelutong, Shah Alam. Tel: 03-7859 7227; Loka, 1.13A. Level 1, Nu Sentral Mall. Tel: 03-2276 4128; Style Annexe, 17,18 & 19, G3, Publika Shopping Gallery. Tel: 03-6206 1842; Modvier, 86, Jalan Maarof, Bangsar Baru. Tel: 03-2202 1371; www.mysmink.com; www.koyara.com; www.halalnco.com; dan www.gohalal.com.my.

Artikel berbayar ini disiarkan sempena Anugerah Belai Diri Jelita 2018 di dalam isu Disember 2018.