Anugerah Belai Diri Jelita 2018: AsterSpring

Rawatan Oksigen Untuk Serlahkan Cahaya Wajah

Rawatan Oksigen Untuk Serlahkan Cahaya Wajah

Tahukah anda yang kulit juga perlukan oksigen optimum untuk kesihatannya? Justeru, tingkatkan seri semula jadi dengan Terapi Oxygenating Vitalzyme daripada AsterSpring

AsterSpring

Perawatan Penghidratan Wajah Terbaik

Kulit wajah yang kurang oksigen akan menyebabkan ia tampak kusam, lesu, menjadi kering, lebih sensitif, lambat untuk pulih dan tanda penuaan seperti garis halus dan kedutan lebih kelihatan. Anda boleh tingkatkan kadar oksigen pada kulit menerusi sesi  memanjakan wajah Terapi Oxygenating Vitalzyme daripada AsterSpring. Sesi perawatan bermula dengan membersihkan seluruh wajahm eksfoliasi, pengeluaran bintik hitam dan putih disusuli teknik urutan istimewa ala Eropah. Kemudian, mesin Bio-therapeutic Oxyderm digunakan untuk penetrasi oksigen terunggul secara maksimum. Wajah anda juga akan dipupur dengan masker enzim biocellulose yang kaya dengan kebaikan 88 buahan dan sayuran bagi membantu melindungi kulit daripada kerosakan selular yang berpunca daripada radikal bebas.

Lebih enak, tekanan yang anda rasai akan dilebur menerusi urutan penyingkir tekanan pada bahagian bahu sewaktu masker melakukan tugasnya. Sesi selama 75 minit ini diakhiri dengan aplikasi toner, pelembap dan krim SPF bagi melindungi kulit anda yang kini tampak sihat berseri.

Bagi memastikan anda memperoleh hasil optimum, anda digalakkan melakukan perawatan ini sebanyak empat sesi dalam tempoh tiga bulan selain mengamalkan penjagaan wajah sendiri di rumah. Tunggu apa lagi? Tempah slot anda hari ini.

Manfaat Utama Terapi

  • Meningkatkan seri dan kelembutan kulit
  • Menyegarkan tenaga dan metabolisme selular kulit
  • Menaikkan kemampuan detoks kulit
  • Menyediakan perlindungan selular kulit daripada kerosakan UV, melawan kerosakan radikal bebas da mengawal ancaman persekitaran

Artikel berbayar ini disiarkan sempena Anugerah Belai Diri Jelita 2018 di dalam isu Disember 2018.