Anggunkan Akhir Tahun Anda Dengan Seleksi Sephora Holiday 2018 Ini!

Jangan terlepas peluang miliki set cantik edisi terhad, hanya hingga Disember ini.

Inilah detik paling mengujakan bagi peminat tegar produk kecantikan apabila ‘taman mainan kecantikan’ terkenal Sephora, menghimpunkan koleksi Holiday dalam bentuk set dan individu yang amat menawan. Tidak melampau jika Jelita cakap, banyak yang anda mampu (dan mahu!) miliki.

Sephora Malaysia kali ini mencipta kelainan apabila telah membawa editor Jelita ke Club Med Cherating untuk merasai sendiri mood cuti-cuti hujung tahun dalam suasana magika sambil melihat koleksi terbaru di bawah jenama Sephora juga produk kecantikan yang turut dijual dalam gedung kecantikan ini. Sempat juga mereka raikan hari jadi saya dengan meriah, kebetulan jatuh pada tarikh sama, terima kasih Sephora Malaysia! 

Dua bas sarat media, jurumekap profesional juga influencer kecantikan berombongan hingga ke sempadan Pahang berpeluang melihat, membelek dan mencuba produk terbaru Sephora Holiday dalam satu sesi eksklusif sebelum dijamu dengan makan malam tepi pantai disinari rembulan terang sambil didendangkan dengan persembahan akustik merdu seorang daripada GO Club Med berkenaan. Suasana jadi meriah apabila beberapa media dan selebriti seperti Cik Manggis, Azira Shafinaz (kedua-duanya anggota De Fam) juga Kilafairy turut sporting menyumbangkan beberapa lagu.

Kembara percutian ini lebih manis apabila team Sephora Malaysia turut mengejutkan tetamu dengan koleksi Holiday menawan dan mengujakan bila masa kami daftar masuk ke bilik masing-masing. Ingatkan cukup satu beg belang hitam putih pada hari pertama. Usai makan malam pada hari kedua, pulang saja ke bilik ada lagi barisan produk eksklusif Sephora yang disusun cantik siap dihiasi lampu kecil, simbolik tema Magical Holiday yang diketengahkan.

Semua ini anda boleh mula miliki di rangkaian Sephora Malaysia mulai sekarang ya! Mari Jelita kongsikan apa yang paling menarik perhatian dan anda boleh beli. Peminat tegar kecantikan pasti tidak mahu ketinggalan…

1

Pilihan Editor! Sephora Once Upon a Palette – ada pelbagai warna pembayang mata dan bedak wajah lengkap dengan langkah-langkah menyolek. Bonus: ada gincu Sephora untuk menyempurnakan rias anda.

Seratus tiga puluh warna pembayang mata, kening, wajah, bibir dengan tekstur berbeza (bedak & krim). Juga pilihan tekstur gincu matte, satin dan kilau untuk anda berkreatif musim ini! Harga: RM199

Ini adalah pilihan jurusolek profesional, Ummi Nasir! Dengan hanya RM86, anda dapat lapan rona pembayang mata, satu pemerah bibi dan satu bronzer dengan tekstur matte atau berkilau. Mudahnya kalau bawa yang ini berlibur.

Saturday Skin memperkenalkan Saturday Squeak  The-Rub-A-Dub Refining Peel Gel untuk meningtkatkan pembaikan kulit anda.

Set semburan bantal dan masker mata di bawah jenama This Works ini membawa mesej, tidur kenalah berkualiti…

2

Lagi untuk pencinta solekan dan jenama Too Faced! Set pokok krismas dilengkapi palet 18 pembayang mata, bronzer, pemerah pipi dan highlighter. Bonus: maskara Deluxe Better Than Sex. Siapa yang terima hadiah ini pasti amat gembira!

3

Asyik solekan saja, muka pun hendak dimanjakan dan mendapat penjagaan rapi. Set Dr Jart+ X-Mas Jungle Spell Book edisi terhad ini memuatkan rangkaian Cicapair.

Ini juga kegemaran Jelita! Takkan cukup satu masker wajah, simpan enam untuk digunakan sepanjang 2019. Masker Peter Thomas Roth ini sudah tentu banyak khasiatnya buat wajah.

Baunya wangi! Cantik pula tu… RM40.

Set Once Upon a Mask pastinya hadiah untuk sahabat atau diri sendiri paling mengujakan. Set ini berharga RM100, ada untuk wajah, tangan juga masker kaki.

Kilafairy pula gemarkan palet mata Midnight Wishes.

First Aid Beauty Brighten Park Kit juga layak ada di meja sudut wajah anda, takpun dijadikan bingkisan buat yang anda sayangi.

Itu adalah antara pilihan Jelita untuk Sephora Holiday Collection 2018. Semoga hujung tahun anda padat dengan magis dan keseronokan…