8 Wanita Yang Menguasai Dunia Kecantikan

Dunia kecantikan bagaikan muka tidak siap tanpa mereka.

Wanita dan kecantikan memang tidak boleh dipisahkan. Lapan wanita hebat ini telah  membuka jalan untuk wanita lain dalam dunia kecantikan. Mereka telah berjaya mengubah wajah industri kecantikan dan sekali gus menjadi inspirasi buat wanita lain.

1 of 8

Coco Chanel

Nama Coco Chanel sudah tidak asing lagi dalam dunia kecantikan. Dia adalah antara pengasas kepada salah satu jenama yang paling ikonik. Coco Chanel terkenal dengan inovasi besar yang dibuatnya dalam fesyen tetapi jenama itu juga turut terkenal dengan produk kecantikan yang luar biasa. Coco Chanel telah menggunakan pendekatan inovatif yang sama untuk mencipta wangian ikonik, Chanel No. 5. Dia lari daripada tradisi dan mencipta minyak wangi yang moden sepanjang zaman. Wangian ikonik itu mempunyai nota bersih, segar dan menggunakan campuran aroma dan bahan yang tidak pernah digunakan. Ia adalah wangian pertama dari produk kecantikan ikonik jenama itu dan masih lagi menjadi kegemaran wanita masa kini.

1 of 8