5 Gincu Kemasan Matte Terbaik Pilihan Jelita

Jelita kongsikan lima jenama gincu dengan kemasan matte yang terbaik.

Sentuhan akhir yang sempurna dengan sebarang gaya mekap. tidak kira siang atau malam sudah pastinya gincu bibir. Gincu dengan kemasan matte adalah antara gincu yang tidak akan ketinggalan zaman dengan daya tahan serta kemasa tidak melekat yang hebat. Oleh itu, Jelita kongsikan lima jenama gincu dengan kemasan matte yang terbaik.

L’Oreal Paris Color Riche Matte Obsession Lipstick

Diletak dalam bekas yang anggun dan menawan serta mengandungi formula yang licin dan dipenuhi dengan pigmen asli untuk bibir yang menawan. Diperkaya dengan minyak jojoba dan Camelia, Gincu Color Riche Matte Obsession, membolehkan anda merias bibir dengan fesyen matte tanpa rasa bibir kering. Hadir dengan 43 warna yang boleh anda pilih.

Laura Mercier Velour Extreme Matte Lipstick

Gincu matte yang dihasilkan oleh jenama solekan terkenal, Laura Mercier ini memberikan intensiti perlindungan penuh dan keselesaan yang tahan lama untuk bibir anda. Ia kaya dengan pigmen warna dan memberikan liputan penuh dalam satu sapuan sahaja.

Nita Cosmetics Matte Lipstick

Nita Cosmetics adalah produk kecantikan jenama tempatan. Gincu matte jenama ini kekal pada bibir anda walaupun selepas makan atau minum air. Ia juga tahan lama dan memberikan bibir anda kelembapan berpanjangan.

Clarins Joli Rouge Velvet

Sentuhan Velvet Booster+ memberikan kemasan matte berkilau dan menampilkan bibir yang seksi dan anggun selama berjam. Selain itu, ia juga mengandungi ekstrak Marsh Samphire organik yang dapat memberikan penghidratan selama enam jam pada bibir anda.

Gambar: Fenty Beauty Instagram

Fenty Beauty Mattemoiselle

Tampil dengan 14 roan warna yang berbeza. Dari rona nude hingga ke rona terang. Gincu ini direka khas oleh Rihanna untuk semua jenis kulit. Tekstur gincu yang ringan dan berkrim yang akan membuatkan bibir anda lembap sepanjang masa. Pastinya ia antara gincu yang terbaik.