4 Kelebihan Jam Suunto 5 Yang Pasti Buat Anda Terpikat

Bersenam sambil berhubung dengan jam tangan Suunto 5

Direka untuk memberikan prestasi terbaik, jam tangan Suunto 5 yang tahan lasak menawarkan hayat bateri yang panjang dan pelbagai fungsi dalan rekaan jam tangan yang kecil dan selesa.

Setelah lama bekerja dengan para atlet dan pengembara telah mendedahkan Suunto dengan keindahan “dalam aliran,” di mana ia menggalakkan anda untuk melakukan yang terbaik.

Mudah, tidak rumit dan direka dengan fungsi terbaik, Suunto 5 telah direka untuk memberikan yang terbaik kepada si pemakai. Kecil, padat dan selesa, Suunto 5 bersedia untuk membantu anda merekodkan rentak latihan yang optimum dengan fungsi multisport  Suunto yang terkenal. Jam ini menawarkan peminat sukan dengan apa yang mereka perlukan untuk memberikan tumpuan kepada langkah seterusnya.

Bateri Yang Tahan Lebih Lama

Dengan mod bateri pintar dan hayat bateri yang panjang sehingga 40 jam, atlet dan ahli sukan boleh meneruskan aktiviti mereka sama ada latihan atau trekking tanpa bimbang jam kehabisan bateri. Jam pintar ini akan mempelajari corak latihan pengguna, dan menghantar peringatan untuk mengecas sehingga penuh sebelum sesi berikutnya. Jam ini dibina dan diuji dalam keadaan Nordic yang lasak, sekali gus meneruskan warisan kuat Suunto sebagai sahabat latihan anda sejak tahun 1936. Jam ini sangat tahan lasak.

Rakan Latihan Yang Dilengkapi Dengan IQ Tinggi

Suunto 5 akan menjejaki tahap kecergasan pengguna dan menyesuaikan panduan latihan peribadi berdasarkan kemajuan dan matlamatnya. Bertindak sebagai jurulatih, ia akan memberitahu atlet untuk berehat apabila mereka bersenam melebih had. Jika anda tidak melakukan latihan, jam ini akan mendorong anda untuk melakukan senaman. Bukan sekadar jam tangan, ia adalah sahabat latihan yang boleh anda percayai. Dengan lebih 80 mod sukan yang boleh anda pilih, pengguna boleh mendapatkan statistik yang relevan tanpa mengira sukan yang dipilih.

Bertindak Sebagai Inspirasi

Daripada berlatih seorang diri, Suunto 5 akan menghubungkan anda dengan mereka yang lain dan mencabar anda untuk mencuba laluan baru menerusi aplikasi yang terdapat dalam jam tangan Suunto. Heatmaps menunjukkan di mana, laluan apa yang digunakan orang untuk berlatih dan sekali gus memberikan inspirasi kepada cabaran dan penerokaan baru. Sebaik sahaja diaktifkan, anda dapat meneroka trek dan laluan baru pada jam tangan. Selain daripada Heatmaps, aplikasi Suunto turut disepadukan dengan aplikasi sukan kegemaran dunia seperti Strava, TrainingPeaks dan Relive agar anda dapat lebih faedah daripada sesi latihan mereka. Anda boleh berkongsi pencapaian latihan dengan mudah secara online melalui pelbagai platform media sosial.

Direka Dengan Gaya Ranggi

Suunto 5 bukan sahaja direka dengan fungsi terbaik tetapi ia juga dibuat untuk kelihatan bergaya. Hadir dengan empat warna menarik, Hitam, Putih, Burgundy Copper dan Graphite Copper- menjadikannya jam yang canggih dan peribadi.

Suunto 5 boleh didapati di www.solartime.com, butik SOLAT TIME dan kedai jam di seluruh negara.