30-an & Ada Jerawat? Alamak!

Ingatkan remaja saja kena jerawat...

Jerawat usia dewasa… Alahai, ingatkan sudah terhapus daripada kamus hidup anda.

Mana hendak sangka, ianya kembali ‘menyerang’. Apatah lagi ia pernah muncul dalam hidup anda suatu ketika dulu kemudian pergi menjauh. Sudahlah kena jerawat, tinggal pula parut yang lambat nak pulih berbanding bila anda berdepan dengannya sewaktu usia belasan tahun.

Statistik dikongsi Foreo kepada Jelita menunjukkan sejumlah 50 peratus wanita akan terkena masalah jerawat bila usia sudah matang. Puncanya? Pelbagai!

Sama ada disebabkan diet dan gaya hidup. Tidakpun hormon – yang ini susah sikit hendak dibaiki.

Jerawat adalah ‘penyakit’ kulit paling biasa pada tangga ke lapan di seluruh dunia disebabkan oleh minyak berlebihan, sel kulit mati juga berlebihan atau bakteria.

Pori menjadi bengkak, lantas folikel dinding pula pecah. Bahan berjangkit itu kemudian melimpah pada dermis, musnahlah tisu kulit yang sihat itu…

Tubuh anda pula secara semula jadi akan cuba membaiki keadaan itu dengan membentuk gentian kolagen baru yang ada kala boleh sebabkan parut.

“Anda boleh membeli produk paling mahal di dunia, tetapi jika ianya tidak sesuai dengan kulit anda dan keperluannya, ianya hanya akan memburukkan lagi keadaan,” kata Dalia Fernandes, pengurus pemasaran produk Foreo.

“Penyelesaian utama adalah cara anda mengendalikan masalah itu dengan menetapkan rutin harian dengan produk yang anda tahu berkesan buat anda buat jangka panjang.

“Setiap orang memiliki kulit yang unik dan berlainan. Jika produk anda gunakan tidak kena dengan jenis kulit, ia akan buat kulit jadi tidak seimbang dan lebih mudah kena jerawat dewasa,” katanya.

Seorang personaliti terkenal Mindy Kaling, turut berkongsi masalah ini di Instagramnya.

“Krim jerawat dalam usia 30-an. Tak mungkin saya akan muncul di Tonight Show nanti,” tulis kapsyennya.

Apa nak buat?

1. Elakkan binaan minyak berlebihan.

Pada siang hari, bakteria, pencemaran, kekotoran dan sel kulit mati lama akan menimbun jadi langkah pertama adalah dengan melengkapkan rutin penjagaan wajah dengan alat pembersih wajah yang lembut.

Cuba Foreo Luna 3, yang dikatakan mampu menyingkir 99.5 peratus kekotoran dan minyak, mengekang penambahan bakteria dan memberikan hasil diingini dalam beberapa minit saja. Kulit terasa bersih, sihat dan berseri.

2. Berhati-hati bila eksfoliasi

Tanpa eksfoliasi, sel kulit mati pasti bertambah hingga menyebabkan pori tersumbat dan membentuk cela pada wajah. Sekali lagi, Luna 3 mampu menyingkir sebum dan sel kulit mati selain melembut dan mencerahkan keadaan kulit. Malah, ianya cukup lembut.

3. Kena guna serum

Selepas anda menyelesaikan sesi membersih dan eksfoliasi, cubalah serum. Beza utama antara serum dan pelembap adalah serum lebih diperkaya dengan bahan aktif yang mampu menembusi ke dalam kulit dan direka mampu merawat masalah kulit seperti jerawat, garis halus, kedutan, antioksidan dan tona kulit tidak sekata.

*Jika anda tertanya, mana hendak dapatkan Foreo Luna 3? Anda boleh ke Sephora, Zalora, Hermo atau Lazada untuk dapatkannya.

 

Baca juga: Teknik Urutan Wajah Terbaik!