20 Buah Kedai Baru dibuka di Mitsui

1 of 7

Mitsui Outlet Park KLIA Sepang (MOP KLIA), pusat beli-belah barangan Outlet Mall yang berasal dari Jepun kini menawarkan lebih banyak pilihan kepada pengunjung  dengan pembukaan lebih 20 buah kedai baharu. Ini termasuklah kedai-kedai yang menawarkan perkhidmatan, sebuah restoran, serta kedai-kedai fesyen dan gaya hidup. Bukan itu sahaja, dalam tempoh beberapa bulan lagi, lebih banyak lagi kedai akan dibuka serta kedai yang sedia ada seperti Skechers dan Tomaz telah memperluaskan ruang perniagaan bagi menambah penawaran produk mereka. Bonia dan Salomon juga telah berubah lokasi untuk kemudahan pelanggan.

Kedai-kedai baharu yang lain termasuklah jenama seperti Time Couture, Terranova, Calliope, Living Avenue, MJ Black by Metrojaya, Paul Frank, Tiny Button, Fred Perry, Watch Station International, All Denim Outlet, Toy World, CMG dan juga sebuah cawangan perkhidmatan tukaran wang.

1 of 7