10 IDEA ‘OUTERLAYER’ YANG BUAT GAYA ANDA NAMPAK SEGAR!

Jelita sediakan idea serta tip untuk anda yang ingin bereksperimentasikan item fesyen ini. 
1 of 11

Outerlayer atau dalam bahasa lain helaian luar bukan sahaja menjadi item penyeri gaya anda bahkan ia juga boleh berfungsi menjadi persalinan penyelamat dikala anda buntu untuk mengenakan pakaian sesuai. Jelita sediakan idea serta tip untuk anda yang ingin bereksperimentasikan item fesyen ini.

Tipnya:
1. Bersaiz XL: Pilih kot atau jaket yang mempunyai tali pinggang untuk menampakkan bentuk pinggang.

2. Bertubuh rendang: Elakkan memilih kot labuh melebihi pinggul. Kot potongan ini membolehkan anda nampak tinggi.

3. Bentuk tubuh terlalu kurus dan tinggi: Helaian luar bercorak sarat disarankan bagi mengaburi postur badan anda yang lampai.

1 of 11