Tiffin Food Court Kini Kembali Dengan Pelbagai Juadah Baru

Tiffin Food Court kini lebih meriah dan lebih banyak juadah baru

Demi untuk memenuhi selera rakyat Malaysia yang gemarkan pelbagai jenis juadah, Tiffin Court kini kembali dan lebih bersedia untuk menggembirakan pengunjung dengan menawarkan pelbagai jenis makanan terkini yang terdapat di sekitar Lembah Klang. Mengubah suai gudang tentera yang tidak digunakan di Petaling Jaya, pesta gastronomi ini akan berlangsung selama lapan minggu dan ia turut bekerjasama dengan lebih daripada 50 peniaga dan rakan kongsi.

Tahun ini, Tiffin Court akan menjadi tuan rumah kepada empat restoran baru yang akan menampilkan menu mereka kepada awam buat pertama kalinya. Antaranya MyBurgerLab, yang tampil dengan cawangan terbaru yang dipanggil Pizza Lab dan Boba Lab iaitu sebuah kafe pizza dan bubble tea yang dibuka pada bulan September. Chef Liang daripada WhupWhup turut mempamerkan ciptaan terbarunya, NGOUU yang menawarkan kelainan unik pada citarasa tempatan seperti Nasi Lejen, Klang-Tong Rice dan Mee StaBombastic. Turut membuat penampilan pertama di bidang kulinari Lembah Klang adalah Chef Jun Chan dari Bowls of Steels, yang menawarkan pelbagai jenis hidangan berasaskan mi dengan perasa tempatan yang berasal dari Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Paling dinantikan adalah Chef Malcolm Goh, pengacara kepada Asian Food Channel dan juga chef eksekutif Define: Food, yang akan membangkitkan selera anda dengan menu lazatnya seperti Truffle Risotto dengan keju Parmigiano, Wagyu Mac & Croquet Keju, Tater Tots dengan keju Truffled, Espuma dan House Cured Salt Beef Rueben.

Tiffin Food Court juga akan menjadi tuan rumah kepada pelbagai hidangan kegemaran tempatan seperti Shawarma King, Define: Burgers, Restoran LI, PULP oleh Papa Palhelta, Aunty Manju, BoozEat, Lucky Cuisine, NACHOSLAH, Mom’s KL BBQ, Softsrve dan banyak lagi. Tidak hanya menghidangkan makanan tempatan, anda juga boleh mendapatkan makanan dari luar negara seperti makanan mentah, Tanuki Raw daripada Jepun yang kembali menyertai Tiffin Court tahun ini.

Pengunjung bukan sahaja dapat menikmati makanan yang lazat bahkan boleh menenangkan fikiran yang lagu yang dimainkan oleh DJ atau anda juga boleh cuba teknik bermain golf di kawasan golf mini.

Tiffin Food Court akan dibuka pada hari Khamis hingga Ahad, bermula 30 Ogos-21 Oktober dari jam 5 petang sehingga lewat malam di Lot 15, Jalan 13/6, Seksyen 13, Petaling Jaya (belakang The Gasket Alley)

Lihat senarai lengkap penjual di sini.