Sos Pencecah Terbaik

Hasil undian Anugerah Dapur With Love 2018, pemenang untuk kategori Sos Pencecah Terbaik adalah Sos Nando's Hot PERi-PERi!

Jika anda gemarkan sensasi kepedasan menbangkitkan selera dalam sos anda, Nando’s Hot PERi-PERi pastinya menjadi pilihan terbaik.

Sos Pencecah Terbaik ……

Nando’s Hot PERi-PERi dengan rasa pedas masam yang tajam (fikirkan bawang putih dan lemon!) sememangnya tidak asing lagi dengan deria rasa rakyat Malaysia. Ia cukup versatil untuk menambah rasa enak dalam apa saja juadah.

Sos Nando’s memulakan perjalanannya di tanah subur Afrika Selatan yang panas, di mana cili padi Afrika unik mereka – dikenali sebagai PERi-PERi – tumbuh banyak dan sihat. Cili berkenaan ditanam dan dipetik tangan 1,400 petani berdedikasi. Hari ini, anda boleh menikmati sos Nando’s Hot PERi-PERi bukan saja di restoran Nando’s, tetapi juga boleh bawa pulang enam perisa berbeza untuk dinikmati di rumah. Sos ini adalah bebas gluten, diperakui Halal dan tidak mengandungi pengawet, pewarna dan perasa tiruan, selain tiada tambahan MSG.

Sos Nando’s Hot PERi-PERi Kini Dengan Wajah Baru

Sos Nando’s Hot PERi-PERi kini hadir dengan bungkusan baru yang lebih meriah! Wajah baru ini tidak sesekali mengubah rasa enak sos. Anda pastinya akan teruja untuk mencuba enam perisa: Lemon & Herb, Medium, Garlic, Hot, Extra Hot dan XX Hot. Setiap satunya boleh didapati dalam botol 125g dan 250g di mana-mana restoran Nando’s, pasar raya dan pasar raya besar terkemuka.

Adakah Anda Tahu…

Cili padi Afrika mempunyai tahap kepedasan – Scoville Heat Units (SHU) kira-kira 50,000-175,000? Apabila sebati dalam hidangan, kepedasannya hanya akan muncul pada hujung suapan, selepas memecahkan rasa.